Friday, October 24, 2008

apa matlamat saya?

Salamun aleyk'

Hari ni hari jumaat.. biasanya, hari jumaat kalau di kampus, pabila berjumpa dengan rakan saya dari timur tengah seperti dari Yemen, Saudi, Sudan, Qatar dan berbagai lagi, lazimnya samada saya atau dia yang akan terlebih dahulu mengucapkan "jumaat mubarakah" dengan lantas akan dijawab semula "alaina wa alaik" begitulah pertembungan budaya yang mengajar saya banyak perkara baru yang tiada dalam norma masyarakat kita Melayu.

Itu sekadar perkongsian ilmu yang saya belajar atas jalinan budaya yang berbagai di MMU Melaka ini. Banyak lagi, tapi nanti saya ceritakan lagi indahnya budaya yang berbeza beza. Perkara utama yang saya ingin perkongsikan hari ini ialah MATLAMAT, OBJEKTIF, TUJUAN AKHIR atau apa saja nama yang diberi tapi pada akhirnya ia menentukan apa sudahnya kita?

Kenapa hidup perlu bermatlamat? kenapa perlu ada objektif? kenapa? hmm... saya pernah bertanya pada seorang kawan, "apa matalamat akhir awak? apa yang awak nak capai dalam hidup ini? " tapi dia jawab " entah, tak tahu lah, malaslah nak fikir". Hmm.. jawapan yang agak mengecewakan.

Hidup ini perlukan matlamat. Tapi kenapa? Saya bagi satu analogi mudah..

nurul keluar rumah dan terus masuk kereta, kemudian dia hidupkan enjin kereta dan terus jalan, nurul terus pandu dan pandu kereta.. dia ikut saja kemana dia rasa nak pergi, sampailah minyak kereta habis atau sampai dia keletihan memandu.. dan kemudian baru nurul tersedar.. "eh.. aku ni nk kemana sebenarnyer? "

Buang masa saja kan nurul tadi.. Begitu juga kita, perlu ada matlamat. Contoh, kahwin pada usia berapa? memiliki rumah pada usia berapa? mungkin ada antara matlamat itu tidak tercapai dalam jangka waktu yang ditetapkan, namun kita perlu ada sasaran yang spesifik, supaya kita mempunyai fokus yang jelas.

Matlamat ini pula tidak datang berseorangan. Ia perlu ditemani dengan perancangan. Jika ada matlamat tetapi tidak ada peracangan kita tidak akan berjaya capai matlamat. Ibaratnya jika tadi nurul memandu kereta, dan kali ini nurul sudah punya matlamat iaitu ke kedai mak salmah, nurul perlu tahu jalan kesana, jalan yang mana paling selamat, jalan yang mana berbahaya, ada berapa "traffic light", dan ini semua peracangan yang nurul perlu ambil kira dalam mencapai matlamat ke kedai mak salmah.

Benar, rakan rakan, kita perlu matlamat dalam hidup. Ia akan memberi kesan refleksi "spontaneous" secara "subliminal" pada otak kita untuk sentiasa bergerak menuju matlamat itu. Saya tertarik pada entri ini :

quote : "DOA adalah sebuah visi.Keduanya mengandungi cita-cita dan harapan.Muhamad Rasulullah berkata, " Mulailah dengan doa". Ertinya mulailah dengan sebuah visi."

Kredit untuk makcik asma, saya quote dari blog beliau.Click sini utk lawat blog makcik asma ::

Islam pun ajar kita supaya punyai matlamat dalam hidup. Sekadar itu sahaja perkongsian saya kali ini. Apalah sangat ilmu saya yang cetek daya inteleknya, jika nak dibandingkan dengan mereka yang berstatus Professor, Doktor dan sebagainya.

Rakan rakan, saya punya MATLAMAT, insyaAllah, tercapai atau tidak, saya telah tetapkan bila dan apa yang saya mahu capai. Muga semua dipermudah Allah. Kamu semua bagaimana? Pasti kamu semua juga punya MATLAMAT masing masing. Muga Allah permudahkan juga. Bagi yang tidak pernah tetapkan apa apa MATLAMAT dalam hidup anda, bila dan apa yang anda mahu capai, fikir fikirkan lah.

~akhirnya matlamat kita syurgawi abadi~
~ameen~

No comments: