Wednesday, October 29, 2008

berilah~

tangan yg memberi sentiasa lebih baik dari tangan yg menerima.. dalam sesak kota raya, manusia berpusu pusu bekerja memenuhi keperluan hidup yg lebih selesa, rupanya masih ramai saudara kita yg sdg derita..

mereka juga seperti kita, membanting tulang empat kerat, tetapi bukan utk kehidupan yg lebih selesa, ia sekadar utk sesuap nasi hari hari.. bak kata pepatah "kais pagi mkn pagi, kais petang mkn petang" tapi mereka ini mungkin boleh diubahsuai sikit kot, jadinya "kais pagi mkn mlm nanti, kais mlm belum tentu ada makannya" hmm... ini realiti..

masakan rancangan Bersama Mu TV3 masih terus bersiaran, dan saban hari ada saja saudara kita yg hidup melarat di paparkan dalam rancangan tersebut.. hatta, saya dan juga rakan saya juga setiap bulan kami membeli brg makanan asas dan berikan pd beberapa buah keluarga sekitar Melaka hasil duit sumbangan seseorang yg mahu identiti nya dirahsiakan.. dan keluarga2 susah ini pula sy minta bantuan bapa rakan sy yg mmg org melaka utk kenalpasti mereka yg memerlukan..

bukan itu saja.. cuba lawat blog srg lagi rakan sy, ida namanya, hasil pencarian dia dan rakannya dalam masa satu hari je, ida dh berjaya kenalpasti mereka2 yg amat memerlukan perhatian kita ,masyarakat sekeliling..

--> Click sini utk lawat blog ida::

lirik lagu ini cukup utk membuatkn rasa simpati sy memuncak..

Berbumbungkan angkasa kelabu
Lantainya bumi retak seribu
Setiap langkah perjalananmu
Beronak berliku

Betapa berat mata memandang
Berat bahu menggalas bebanan
Belum sempat menitis ke pipi
Tangisan kering sendiri


Berkali tersungkur
Pandanganmu kabur
Namun azam meneruskan hidup
Tak pernah luntur

Engkaulah perwira
Di medan derita
Merentasi ranjau kehidupan
Dengan harapan

Luahan rasa derita jiwa
Pada wajah tiada rahsia
Menunggu malang berganti tuah
Usah kau berputus asa
Kaulah wira

wajah: nyanyian jaclyn victor

ayuh rakan rakan dan teman teman, sementara kita punya upaya kudrat, masa, ringgit juga idea... kita lontar sedikit utk mereka, demi sesuap nasi utk anak2 mereka.. mungkin kita tidak upaya merobah semuanya.. tapi ia tetap labih baik dari melihat tahu, tidak berbuat apa apa.

sebagai mahasiswa, segala macam kemudahan dan platform yg bole digunapakai bg membantu masyarakat.. dulu slogan " mahasiswa agen perubahan masyarakat", "jurubicara masyarakat" dan berbagai lagi.. kini seperti sedikit sayu..


hidupkn kembali, suburkan semula budaya murni ini.. kalau semua IPTA dan IPTS di Malaysia berkerja membantu mereka ini, sy kira, insyaAllah.. kita MAMPU utk merobah, tidak pun banyak mungkin 30%.. sudah memadai..

baiklah.. menulis melontar pandangan panjang2 pun tak guna, jika hanya berkata kata, berteori semata mata, namun praktikal tidak ada..

~JOM SAMA SAMA BANTU MEREKA~

No comments: