Friday, November 07, 2008

UM, Universiti paling bertuah di Malaysia.


Salamun Aleyk'

Tahniah dan ucapan Terus Maju Jaya buat seluruh warga Universiti Malaya. Sebagai mantan salah seorang pimpinan Mahasiswa MMU, saya amat berbangga mendengar berita perlantikan baru Naib Canselor UM.

Nama Professor Datuk Dr. Ghauth Jasmon atau lebih mesra dengan panggilan Prof. dikalangan pelajar MMU cukup tidak asing bagi kami. Bagi kami pelajar MMU, beliau adalah LAGENDA. Nama besar ini telah memberi kesan yang amat signifikan dalam semua kejayaan yang MMU capai.

Kesempatan berkhidmat sebagai SRC atau MPP dibawah era beliau sebagai President atau NC di IPTA, telah memberi saya banyak pengalaman dengan caranya tersendiri. Saya juga percaya, rakan rakan yang lain turut sama bersetuju. Beliau seorang yang amat dedikasi dalam tugas. Masakan lampu di Ofis beliau masih terang pada jam 10.00 malam.

Beliau seorang yang rendah diri dan amat disenangi oleh pelajar. Polisi 'open door' yang menjadi amalan beliau telah membuatkan pelajar merasa amat rapat dengannya. Tidak kira siapa pelajar itu, selagai terdaya dibantu beliau, akan dibantu.

Saya kira, amat jarang sekali untuk berjumpa seseorang yang berada di tingkat satu pentadbiran sesebuah Universiti untuk turun padang bersama sama pelajar. Beliau telah membuktikan, sepanjang perkhidmatannya di MMU bermula pada tahun 1997 sehingga 2007, dari sebuah institut dinaiktaraf sebagai sebuah Universiti, jelas sekali, beliau telah membawa berbagai bagai kejayaan atas kepimpinan beliau yang amat dedikasi dan bersungguh sungguh.

Jika kini President baru United States of America, dengan slogannya 'change we need', kini perubahan telah datang ke UM. Saya percaya dan yakin, dalam tempoh 6-10 tahun, UM pasti akan melihat perubahan sedang berlaku. Dan ia perubahan yang amat baik untuk UM terus maju dan insyaAllah, cita cita untuk menjadikan UM salah sebuah Universiti terbaik Dunia telah sedikit melangkah hampir.

Kami terus doakan buatmu Prof. dan juga selurh warga Universiti Malaya. Sebutir Mutiara kini telah berada puncak Universiti Malaya, yang hanya menanti untuk semua warganya bersama sama beliau menyumbang seluruh tenaga dalam mecapai IMPIAN terbaik DUNIA.

Selamat Maju Jaya buat Universiti Malaya dan juga Prof.

klik disini untuk layari laman web berkaiatan beliau::

dan juga sini

klik disini::

salam~

10 comments:

fendy_ahmad said...

Salam,

4 tahun sebagai pelajar di bawah kepimpinannya...

3 tahun sebagai pekerja dibawah pentadbirannya...

Paling tak lupa, Prof membaca doa di majlis Konvokesyen ...

Paling dibanggakan, Prof anak Johor... Orang Batu Pahat... sekampung dengan mak .. huhuuuu

Faizalism said...

kenape UM, U paling bertuah?? MMU ?

El-Zaffril said...

Jawa Batu Pahat Rulezzzzzz

Anonymous said...

Oh ye ke bagai dikhabar kan? moga2 NC baru kami ni dapat meneraju UM dengan amanah. Thanks for your info

Anonymous said...

ni knape kipas prof ghauth banyak2 ni?

ade samting yang aku tak tau ke?

Nurul Aizam Zaini said...

to mr. fendy: oo yeke.. x apa lah.. bgs la mcm tu.. tapi x kesah kan dia org johor ke perak ke, asal org islam, anak melayu, rakyat malaysia.. yeahh.. :D

to abg pejal: haha.. knape ek? sbb masa dia pres MMU saya rasa bnyk urusan student jd mudah.. so skang dia kt UM,, bertuah la derang.. MMU?? emm.. no komen.. kt tgu dan lihat la lepas 5 thn bgaimana MMU, baru bole nilai, skang terlalu awal utk Pres baru MMU.

to abg zafril: hoho... ni asabiyyah neh.. huh.. xpe2 ,selamat maju jaya org batu pahat ;)

to dib: emm.. apa yg sy ceritakan tu adalah pengalaman sata sendiri dag juga merujuk pada suasana MMU sendiri.. culture yg ada di MMU, harap org2 di UM samada students atau staff dapat sesuaikan dgn cara beliau.. dan harap beliau juga dpt adapt culture UM.. baru bole berjaya.. ;)

to acap: huh?? kipas?? ni bukan kipas, ni air cond trus.. ala.. acap, ko lebih tahu apa kelebihan yg pelajar ada masa Prof jd president dlu.. tmbh2 ko pnah jd hicom ISS, mesti ko tau mcm2 cite.. ;)

Muhammad Hazimin Wahab said...

5 tahun belajar & 2 1/2 tahun kerja bawah Prof...

ada pros and cons, biasalah... kita doakan yang terbaik....

fendy_ahmad said...

Salam,

hahaha, saya tetap kesah...

Bagi saya, Islam tu termaktub sebagai sesuatu yg agung jadi seterusnya untuk memajukan Islam ini maka setiap puak Islam itu berkejaranlah kalian sesama, dengan cara yang baik dan ukhwah...

Jadi... saya tetap kesah andai org itu asal Johor ke Kelantan ke Perak ke ape ke...

ORANG JOHOR HEBAT HEBAT WEYYY

Anonymous said...

Tahniah buat Datuk Prof. Dr. Ghauth Jasmon!!!

Datuk is such a great president for MMU..
He done so many thing for that University...

Di bawah pentadbiran beliau semasa saya belajar di Multimedia University (MMU)(2003-2007), saya telah memperolehi banyak ilmu dan pengalaman terutama membabitkan syarikat2 multi-nasional. Alhamdullilah, kini saya berada dalam Microsoft (pada usia yang amat muda) dan menyumbang tenaga kepada pembangunan modal insan negara kita. Prof, jasamu dikenang.

Syabas juga untuk semua warga UM, dan insya-Allah Datuk Prof. Dr. Ghauth Jasmon akan dapat memimpin UM dengan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang di mata dunia.

-Saiful

PeJun said...

ha ha ha...saya pun suke bangat ngan prof Gauth(nama Jawe!!!)...banyak kali berjumpa dgn dia n senang citer memang best la...

to abg zafril n Mr Fendi..Prof Gauth merupakan jiran kepada nenek saudara saya..

rumah dia kat parit Besar...situ memang org jawe n prof memang rajin ke surau...especially bapak dia

k...cauuu