Thursday, February 05, 2009

Bergoncang lagi politik kita??

Politik Malaysia bergolak kembali dan kini ia di negeri lahir tumpah darahku, Perak. Tak mahu bicara soal itu. Biar saja ahli-ahli nya terus juang pada hemat merekalah yang benar. Ingatan saya, pada teman-teman, indah sekali bicara politik ini.

Seperti orang yang lapar, dijamu pula ayam goreng, pasti tak mahu berhenti bukan, sampaikan kantung isi rasa seperti sudah mahu pecah, baru tersedar dari kekenyangan. Begitu juga kita, pasti banyak yang kita akan perdebatkan, persoalkan, diskusi, cerita-cerita kontroversi ala paprazzi, dan banyak lagi.

Namun, dalam asyik kita bicara, perlu ada caranya. Ada batasannya. Setiap itu terjadi pada tempatnya, jadi pasti juga ada cara urusnya. Biar kita benar menyatakan fakta-fakta kukuh menunjangi dasar hujah kita, tetapi perlu pada kesantunan dan kesopanan.

Jangan sampai, kita yang bercakap kotor. Jangan sampai kita yang bicara kurang ajar. Jadinya begitu, sama saja kita bukan. Hati-hati teman-teman. Semuga aib kita juga Allah lindungi di Sana nanti, Ameen!

Disclaimer: Sekadar ingatan untuk diri saya, dan juga harapan untuk teman-teman agar sama-sama kita usaha!

1 comment:

Adam Kulim said...

faham cetusan saudara...
biarkan mereka terus berbicara..
mungkin nanti mereka akan sedar dari leka..

kerana inilah dunia politik dan mereka yg menyertainya mungkin faham dengan permainannya....tiada yang mustahil...

tapi kita teruskanlah perjuangan..utk bumi Allah yang hak ini..platform kita tampak cantik..sama2 lah kita siram kita baja..tp jgn lupa api dan angin...