Saturday, February 07, 2009

Sibuk berpolitik, apa nasib kami??

Salam,

Sekarang ni memang sedang hangat orang bercakap tentang Perak. Popular sekejap negeri kelahiran teman ni. Femes yeop!! Kuala Kangsor udah jadi macam ape haa... Penuh orang kat sana wehh.. huu..

Tetapi, sayang sekali, negara kini dalam kemelut ekonomi yang sangat meruncing. Berpuluh-puluh ribu pekerja dibuang kerja, Beratus-ratus kilang ditutup. Antaranya "Giant Company in the world" seperti Panasonic, Intel, dan banyak lagi.

Pakej rangsangan ekonomi RM 7 billion yang diumumkan belum pasti memberi kesan pada negara amnya dan rakyat khasnya. Itu pun entahlah bagaimana, kerana orang yang bertanggungjawab sedang sibuk mengatur strategi Perak.

Mantan PM pula berpendapat negara memerlukan RM35 billion untuk keluar dari kemelut ekonomi global ini. Tetapi beliau tidak boleh buat apa-apa, hanya boleh beri pandangan kerana kuasa bukan lagi ditangannya.

Mungkin kakitangan kerajaan tidak terlalu merasai kesan ini, begitu juga pensyarah-pensyarah Universiti yang tidak berhadapan dengan pembuangan kerja, makanya banyaklah masa mereka untuk bual bicara politik ini.

Namun bagi pekerja-pekerja sektor swasta yang sedang berdepan kemelut ekonomi global ini, pastinya kurang masa untuk memikirkan apa yang berlaku di Perak ini berbanding masa yang mereka gunakan dalam mencari penyelesaian berhadapan budaya buang pekerja dalam ketidakstabilan ekonomi hari ini.

Antara mereka yang tidak terlepas ialah Ibu saya sendiri. Setiap hari dibayangi "syndrome" buang kerja. Hinggakan emak saya pulang ke Perak pun dia tidak terlalu ambil tahu akan perihal politik disana. Yelah, apa yang memberi keuntungan pada mak saya berkaitan politik Perak berbanding menanti hari yang bakal menetukan dia masih bekerja atau tidak?

Tapi itu tidak apa-apa. Rezeki ada di mana-mana. Tidak perlu digusarkan sangat. Cuma berharap, ahli-ahli politik jangan terlupa pada dasar perjuangan mereka.

Apa-apa lah. Biar mereka terus berpolitik asal jangan RAKYAT terus derita. Bak kata pepatah, jangan sampai

"Menang sorak kampung tergadai"

Disclaimer: Sekadar pandangan penulis menukilkan luahan hati pekerja yang berhadapan terus kesan ekonomi global.

3 comments:

Muhammad Hazimin Wahab said...

"The prime minister-to-be, his deputy, who is also Finance Minister, is now busy trying to topple the Perak state government. So who is managing the economy now? Is it running on auto-pilot?"

Anonymous said...

nice blog. teruskan berkarya. kalo nak tambah pembaca, jengok2lah arakian ye.

Nurul Aizam Zaini said...

to mr hazimin: kita bersangka baik jelah.. maybe deputy dia di MOF yg urus tu.. ;)

to arakian: mekasih