Tuesday, February 24, 2009

Sedikit 'update'

Salam~

Wah, berehat beberapa hari dari blog. Nasib baik tak bersawang lagi. Beberapa 'update'. Hujung minggu lepas ada pertandingan bola sepak 7 sebelah anjuran PEMBINA Melaka. IUFC hantar 3 pasukan.

Pasukan Al-Qassam:
Hazri, Leman, Hamdan, Syahirul, Abu, Haizad, Izzat, Nabil UPG, Panjang (import), abg Aziz (import).
Pasukan Kickers:
Yusof, Fairus, Maun, Syed Ali, Paan, Mayo, Meor, Nazri, Atok.
Pasukan Wonder Pets:
Ayie, Mong, Amiroso, Najmuddin, Aizam, Syai, Aswad, Duang, Kamel, Don.

Wonderpets berjaya ke separuh akhir dan dapat tempat ke-4 dari keseluruhan 12 pasukan. Tahniah semua pasukan dan usaha lagi!

'Details' tentang pertandingan nanti boleh ke laman sesawang mong, tapi belum 'update lagi'.

Baiklah, setakat itu dulu cerita bola. Ada cerita lebih penting saya nak ajak pembaca hayati.

Kawan-kawan semua, macam mana dengan Palestin sekarang? Dah sejuk atau masih membahang panasnya?

Ini merupakan persoalan penting yang harus dijawab semua. Bagaimana usaha boikot kita? Dah boleh makan ke yang di boikot sebelum ini? Masih ambil tahu tentang Palestin seperti hari-hari ia diserang? Hari-hari 'update'.

Jangan terleka dengan kehidupan kita yang selesa dan mewah ini kawan-kawan. Sedang adik-adik Palestin berhempas pulas mempertaruh nyawa, kita masih punya masa bersuka. Sedang mereka menggigil menahan lapar, kita masih tertawa suka, sambil makan-makan riang gembira.

Sedang mereka tak tidur malam risaukan nyawa ibu, ayah, adik dan sebagainya, kita lena tanpa rasa gelisah didalam kelas. Sedang mereka menderita berhadapan seribu satu duka, APA yang kita buat untuk mereka hingga ke saat ini?

Mereka bergadai nyawa mempertahankan tanah suci Islam yang diberkati Allah bukan untuk mereka semata, tetapi untuk KITA!

Saudara, pastikan hangat darah para syuhada' sentiasa menjadi pembakar untuk kita di sini. Berterusan kita pada usaha yang kita janjikan sebelum ini. Boikot, derma, menyebar maklumat, mencipta 'awareness' dan apa sahaja yang boleh kita buat.

Semoga suatu hari nanti, kita juga dikurnia Allah semangat JIHAD mereka Ameen!

Disclaimer: Tulisan ini untuk ingatan diri saya semata mata yang selalu lupa dan banyak melakukan kesilapan.

3 comments:

rasyd said...
This comment has been removed by the author.
rasyd said...

hehe.spt yang dijangka palestine hanya tinggal nama.jgn kata skrg,2-3 minggu lpas pn dh xde dgr dh dari mulut sape2.bila ada jemaah palesine datang,yang datang hanya orang2 tempatan dan staff2 mmu(bilal kashfi,Mr Halim fbl,En fadhli stad n Dean fbl,Dr hisham).kedatangan stdnt2 mmu melayu sangat menyedihkan.ahli usrah yang begitu hebat menjalankan kempen palestin juga x kelihatan sedangkan ada penterjemah yg disediakan khas utk orang tempatan dan student.Alhamdulillah ramai student2 arab dari yemen dan palestine datang.offtopic.Student2 arab menangis nk berpisah dengan mereka slpas keluar 3 hari.Inilah yang dikatakan bertemu dan berpisah kerana Allah s.w.t.

Nurul Aizam Zaini said...

to rasyd: tak juga rasyd... kami baru abis wat pameran dan tayangan amal d melaka sentral... alhamdulillah... ramai masyarakat awam terbuka mata dan berminat nak tahu lebih lanjut..

untuk makluman, sekarang banyak jemputan diterima Aman Palestin utk buat pameran dan tayangan amal ni..

even arini (khamis) satu group superbike malaysia dtg MMu tgh hari td, wat kutipan derma, dan IU juga ada minggu peduli Palestin buln 3 ni di MMU insyaAllah Aman Palestin juga dijemput memeriahkan program..

sebenarnya masih hangat lagi isu ini, cuma dalam bentuk yg berbeza beza, tak bole juga nk define kalo org x join program palestin yg satu ni, mereka x peduli..

skang bnyk platform ada.. asalkn mereka bergerak dgn mana2 platform yg menyumbang pd isu palestin Alhamdulillah, sudah cukup baik ;)