Wednesday, February 18, 2009

MMU dah jadi 2 semester setahun???

Ape?? betul ke?? Iyer... betul!!!

MMU sedang perlahan - lahan berubah menjadi IPTA!! Percaya tak?? Mula-mula sistem masuk dan keluar kampus yang mana sebelum ini masyarakat sekitar dan orang awam bebas masuk tetapi nak keluar kena buka bahagian belakang kereta untuk pemeriksaan ditukar dengan sistem baru yang mana tak ada 'car stiker' tak boleh masuk kampus tetapi keluar tak perlu buka belakang kereta. Ada baik ada tak baiknya.

'Bell shape' sistem yang juga ada sedikit perubahan, 'managemanet empowerment' yang banyak kepada pekerja, dan ada lagi beberapa perubahan kecil.

Terkini MMU yang asalnya menggunakan sistem 3 trimester setahun ditukar sama seperti IPTA 2 semester setahun. Mari kita lihat apa implikasinya. Bak kata pepatah

"belum cuba belum tahu"

Tapi saya ada satu cadangan pada 'Top Management' universiti, kenapa sistem atau undang-undang atau peraturan berkaitan 'dress code' tidak dilaksanakan sehabis baik. Memang ada usaha itu, tapi sekadar melepaskan batuk di tangga.

IPTA... memang peraturan ini sangat dijaga dan dilaksanakan sebaik mungkin!!! Boleh lihat perbezaan masuk UPM ke UM ke UIA ke denag masuk MMU!! Wahhh.... jauh langit dari bumi.

Malas nak komen banyak-banyak. Saya dah la trimester akhir, kot-kot nanti ade yang tak suka komen saya, kena buang universiti rugi je 1 trimester lagi nak abis. Tapi tak apa. Saya cakap perkara yang benar.

"berani kerana benar, takut kerana??? Salah!!!!"

Untuk tahu lebih lanjut tentang sistem baru ini, boleh lawati blog mr. Hazimin

8 comments:

Anonymous said...

abg aizam..bkn 2sem..
tp 3 long sem dlm setahun.

Nurul Aizam Zaini said...

to stranger: eh takk.. mcm mana 3 long sem setahun??? cuba click pd link mr. hazimin yg sy bg tu... dia lecturer mmu... dia yg bgtau kt situ.. p la cek..

Anonymous said...

3 long sem dlm setahun utk fosee.fosee berubah menjadi long,long,long...utk faculty and cdp, we apply long, long,short...short sem tuh utk supp paper, and subject university mcm m'sian study etc...itu ape yg saya paham disepanjang perbincangan sem2 nih...

fendy_ahmad said...

Salam,

MMU akan terus amalkan sistem 3 trimester seperti biasa cuma dengan sedikit 'adjustment'.. Subjek dan credit hours semua tidak berubah.

BAB PAKAIAN tu saya bersetuju dgn NURUL 100%.

Andai saya 'berkuasa' masuk exam mesti pakai formal. Library dan kelas pula separa formal.

Disiplin diri dan martabat ilmu tidak boleh dijualbeli dengan seluar pendek nampak XXXX, baju pasar malam RM5 yg sesuai dipakai baby umur 1 tahun setangah ataupun slipper jepun masuk toilet.

FULL STOP.

hamdan al-kandahlawi said...

ala..aizam poyo jek..

dia gak yg suke baju2 cmtu..hahaha :P

Nurul Aizam Zaini said...

to ruby: ooo ekk.. sy pun penin baca statement kt blog mr hazimin tu... maybe sbb skang dier tgh angan nk kawen, bg statement x betul kut.. kuikuikuik..

to mr fendy: err... xpe, tu maklumat yg sy kurang faham dr bloh encik hazimin tu..

nyway, kalo setuju 100% buat je SIR. Kalo bace buku act 555 law IPTS tu, lec bole je nk tegas dgn law tu utk dlm kelas dia... u can use law to upholg da good image of intelectuality of university... that is ur class SIR, dont wait till the top management to do it... U CAN DO IT URSELF SIR...

I SUPPORT U 200%!!!

to hamdan: ehh buka haritu hang yg x bagi pres MMU buat law ni?? haaa.. kantoi.. sape yg suka nih?? :>

Muhammad Hazimin Wahab said...

to aizam: saya tulis blog tu, org lain paham jer.. ni mesti kes baca blog x abis, lepas tu cepat2 tulis semula dlm blog dia.. cepat melatah nie....

Si "stranger" dah tulis dlm tu, tapi reply pertama nurul awal2 lagi x percaya.... hairan sungguh ....

saya dah letak semula gambar rajah perbandingan.... kalau x paham juga, x tahulah.....

lagipun, mmu yg nak tukar, saya sekadar tulis dlm english aja..... bak kata cik ruby, CPD & Fakulti sama, tapi FOSEE aja yg berubah...

Nurul Aizam Zaini said...

to hazimin: haa kantoi... nak cover la tu... org da cakap, kawen jer... kang dh angau skang nih..

hihihih.. padahal sendiri ayat cover nih.. :D