Saturday, March 07, 2009

Daulat Al-Quran dan Sunnah atau Tuanku?

Bila Quran dan Sunnah di daulatkan. Islam akan kembali pada tempatnya. Ketika itu manusia akan kembali pada kebenaran yang terang dan nyata.

Senario yang melanda bangsaku hari ini, amat membimbangkan. Tidak ada salahnya mendaulatkan Sultan. Islam mengajar untuk patuh dan hormat pada pemimpin. Tetapi jika pemimpin menyalahi agama, apa kita masih mahu mendaulatkan kesilapan?

Jangan kita lupa, manusia melakukan kesalahan, hatta Rasulullah s.a.w yang maksum juga menerima tarbiyyah langsung dari Allah s.w.t. Apatah kita yang jauh dari sifat maksum baginda s.a.w.

Di atas dasar ini, kita yang daif perlu mendaulat Al-Quran dan As-Sunnah. Meletakkan kembali Islam pada tempatnya. Sejarah telah jelas menceritakan tika mana Islam menguasai 2/3 dunia. Bagaimana mereka yang dahulu ini berjaya melakukannya?

Jawabnya, mereka meletakkan hak pada tempatnya. Meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan paling atas dan mulia. Bukan rujukan ciptaan manusia yang tak pernah sunyi melakukan kesilapan.

Mendaulatkan bagaimana? Perlembagaan sesebuah negara seharusnya meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan utama.

Apa kita hari berusaha ke arah itu? Semoga kita sama-sama usaha ke arah itu.

Mati itu dekat, entah bila masanya kita akan pergi menghadap ilahi. Sama-sama persiapkan diri. :)

Disclaimer: Sekadar pandangan peribadi penulis.

No comments: