Wednesday, May 13, 2009

Salam Imtihan~

Final exam bakal kembali memenuhi jadual aktiviti harian pelajar-pelajar MMU bermula 18 / 05 - 30 / 05 / 2009. Persiapkan diri dengan segala kelengkapan sebelum berangkat ke medan jihad. Strategi, kesihatan, kekuatan fizikal dan jasmani, kesucian hati serta usaha yang tak mengenal henti perlu dipastikan sebaik-baiknya. Ini semua merupakan asbab kepada kunci kejayaan kita.

Ingin saya kongsi kisah Pahlawan Agung Islam yang saya kira dapat meniup semangat jihad untuk kita ambil iktibar dan pengajaran darinya.

Sultan Salahuddin Al-Ayubi. Siapa tidak kenal dengan pahlawan agung ini. Beliau merupakan pembebas kota suci Baitulmaqdis dari tangan pihak Kristian pada ketika itu. Sultan Salahuddin dilahirkan dalam suasana keluarga yang senang. Ayahnya, Najmuddin Ayub bin Shadhi adalah anak saudara kepada Sultan Nurudin Zinky, berketurunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan.

Pada usia 17 tahun beliau telah menjadi antara tentera yang hebat. Sehinggalah dilantik menjadi panglima tentera bagi menggantikan Panglima Shirkuh, panglima yang sebelumnya, meninggal dunia. Pada tahun 583 hijrah, berlakunya peperangan bersejarah yang dinamakan peperangan Hittin yang telah berjaya membebaskan Palestin.

Sultan Salahuddin sendiri telah memimpin pasukannya dalam peperangan Hittin. Semangat jihad yang tidak pernah padam dalam jiwanya membuatkan beliau hanya memikirkan untuk menawan Palestin. Antara topik perbualan yang menjadi kegemaran beliau adalah jihad. Sepanjang sirah hidupnya, beliau tidak sunyi dari peperangan.

Peperangan demi peperangan hingga berjaya menawan Baitulmmaqdis. Beliau juga telah banyak melakukan perubahan dalam struktur kerajaan Mesir setelah diiktiraf kerajaan Abbasiyyah sebagai Sultan Mesir pada tahun 570 hijrah. Duit kerajaan banyak diperuntukkan untuk kebajikan rakyatnya yang sebelum ini banyak dihabiskan untuk tujuan hiburan, majlis-majlis keramaian dan sebagainya.

Peperangan tetap tidak sunyi walaupun Palestin telah berjaya ditawan. Musuh-musuh beliau tetap sentiasa menunggu peluang untuk kembali merampas Baitulmaqdis dari beliau. Sehinggakan suatu ketika beliau berhajat untuk pergi menunaikan haji, namun terpaksa membatalkan niat itu kerana musuh akan menyerang pada bila-bila masa ketika beliau tiada.

Sultan Salhuddin Al-Ayubi akhirnya meniggal dunia pada tahun 589 Hijrah pada usia 55 tahun dalam keadaan beliau tidak sempat menunaikan hajatnya untuk mengerjakan haji.

Rakan-rakan semua, apa yang menjadikan beliau sehebat ini? Apa yang membuatkan manusia yang sama seperti kita semua ini mempunyai kekuatan, kelebihan dan kesungguhan yang melampaui kita? Sedangkan kita dan beliau secara fizikalnya sama. Cukup semua sifat. Tidak ada yang lebih dan yang kurang. Itu perbandingan secara kasar.

Namun disana pasti ada sesuatu yang jelas membezakan kita semua dan beliau. Kerana beliau FAHAM akan tuntutan agamanya. Beliau mengerti dengan jelas apa yang ISLAM mahu kita lakukan.

Cuba saudara bayangkan, Rasulullah pernah mengatakan bahawa Palestin akan di buka oleh Islam dan Umar Al-khattab pernah menyatakan Palestin ini seluruhnya milik umat Islam. Semenjak wafatnya baginda s.a.w, para sahabat tidak putus-putus, tidak henti-henti menghantar tentera bagi menawan Baitulmaqdis.

Sehingglah pada ketika Umar Al-Khattab menjadi khalifah, Palestin berjaya dibebaskan. Namun kemudian dirampas kembali. Tetapi setelah beratus tahun selepas itu muncul pahlawan yang bernama Sultan Salahuddin Al-Ayubi membebaskan kembali Palestin.

Apa yang menjadikan beliau terus berusaha membebaskan Palestin adalah kerana beliau yakin akan kata-kata rasulullah s.a.w. Walaupun setelah beratus tahun selepas kewafatan baginda s.a.w, beliau yakin akan apa yang pernah baginda s.a.w ucapkan dahulu.

Apa yang menyebabkan rasullullah s.a.w beranai menyatakan bahawa suatu hari nanti Islam akan menawan Rom Timur dan Rom Barat? Sedangkan ketika itu, pembebasan yang bakal berlaku masih jauh lagi. Rasullullah s.a.w sendiri tidak dapat menyaksikan pembebasan itu.

Pertamanya kerana mukjizat rasulullah s.a.w yang mendapat hidayah dari Allah s.w.t lantas baginda s.a.w dapat mengetahui apa yang bakal berlaku di masa hadapan. Namun ada satu lagi faktor yang membuatkan rasulullah s.a.w yakin dengan kata-katanya.

Ianya adalah kerana keyakinan rasulullah s.a.w bahawa Islam ini agama yang sebenar-benarnya. Sesiapa sahaja yang melakukan sepenuhnya apa yang Islam ajarkan, maka tidak mustahil untuk umatnya menjadi yang terbaik dalam apa jua aspek kehidupan. Keyakinan inilah telah menjadikan para sahabat, dan para pahlawan agung silam berjaya menjadi manusia-manusia yang hebat.

Apakah ia juga tidak untuk kita? Pastinya jika kita juga memegang keyakinan ini, berazam bersungguh-sungguh seperti itu, maka kita juga akan menjadi yang terbaik seperti yang telah sejarah agung Islam rakamkan.

Rakan-rakan semua, kita juga mampu menjadi seperti mereka. Tapi syaratnya mestilah mempunyai keyakinan, kesungguhan dan keazaman yang sama seperti mereka. Jadi dengan itu, marilah kita sama-sama, khusunya bagi yang bakal menduduki final exam, meletakkan keyakinan bahawa agama Islam ini adalah yang paling benar dan terbaik. Sesiapa saja yang melakukan seluruh arahan Allah, maka dia akan menjadi yang terbaik dalam hidupnya, malah menjadi pelajar yang terbaik dalam konteks kita sebagai mahasiswa.

Semuga kita semua diberi kekuatan, keyakinan, kesungguhan, dan keazaman yang sama seperti para sahabat dan para pahlawan agung islam terdahulu. Akhir kata dari saya untuk semua rakan-rakan, teman-teman, dan kawan-kawan, berusahalah yang terbaik. Yakinlah, bahawa kejayaan pasti milik kita jika kita berpegang teguh pada kebenaran agama suci Islam ini.

Selamat menduduki peperiksaan dan selamat menjawab pada semua. Kepada yang kini merupakan trimester terakhir, muga Allah permudahkan urusan kita. Ameen!!!~

Rabbi Yassir, wa la tu'assir, wa tammim bilkhair
Rabbi zidni 'ilman warzuqni fahman


Bittaufiq wannajah fil imtihan~

Disclaimer: Tulisan ini adalah untuk tujuan pembaikan diri saya sendiri dan juga yang ingin mengambil kebaikanya.


Makluman: Sama2 kita doakan kesembuhan pada rakan kita Zulhelmi a.k.a mong agar pembedahan beliau berjalan lancar dan adiknya agar sedar dari koma Ameen!!! Maklumat lanjut boleh ke blog hamdan : http://khallys.blogspot.com/

3 comments:

Adam Kulim said...

idola aku neh..selain dari Saidina Umar Al-Khatab dan of course la junjungan Nabi Muhammad S.A.W!!!

asma said...

salam,selamat menghadapi peperiksaan dan dapat jawab dengan sempurna.

Nurul Aizam Zaini said...

to adam: bgs2... ini baru bole jadi idola... dengan darah dengan nyawa mereka pertahankan agama... bukan malaysian idol yerr.. opss.. :D

to makcik asma: w'lam.. mekasih makcik, Ameen~ doakan sama yer.. ;)