Monday, May 04, 2009

7 tahun dan seterusnya...

Satu perjalanan yang amat panjang. 7 tahun merantau ke negeri orang, mencari ilmu bekal dada ini. Pasti ia bukan suatu perjalanan yang mudah bagi seorang anak kampung yang tidak pernah jauh dari keluarga malah tidak pernah terdedah pada dunia luar yang amat mencabar.

Tanggal May 2002 menjadi titik mula perjalanan ini. Bermula sebagai pelajar Diploma in Information Technology di Multimedia University kampus Melaka. Suasana yang belum pernah saya lalui. Pelajar-pelajar dari berbagai negara, medium perantara utama bahasa inggeris dan berbagai lagi.

Seperti patah semangat ketika kaki mula melangkah di dewan utama. Namun tetap kugagahi langkah ini. Hanya tuhan yang tahu. Kerdil diri ketika itu. Apa yang akan berlaku 7 tahun seterusnya tahun tiada siapa tahu. Terus mengikut arus.

Bermula dari saat itu, telah terkumpul berbagai-bagai cerita, kisah, pengalaman dan harapan. Kini, hanya dengan izin yang Maha Esa saja bisa ku teruskan perjalanan ini ke satu jalan cerita baru di luar sana. Bukan lagi dunia mahasiswa, tetapi dunia yang meletakkan diri ini selayaknya sebagai hamba.

Seluruh kesyukuran ini kuserahkan pada yang Maha Esa kerana telah mencampakkan diri ini di MMU Melaka. Segalanya telah menjadikan diri aku yang kini. 7 tahun yang tidak mungkin akan terpadam buat selamanya. Kekal terpahat dijiwa. Kerana 7 tahun inilah tempoh diri ini mengenali erti hidup, erti pesahabatan, erti perjuangan dan erti diri sebagai hambaNya.

Kini, aku masih memandang kehadapan. Apa yang bakal kulalui diluar sana? Apa yang akan dilalui selepas ini? Tiada siapa tahu. Apakah nyawa ini masih ingin kekal dalam jasadnya? Hanya DIA yang tahu. Segalanya dikembalikan padaNya.

Benarlah kata orang Bumi Melaka Bumi Bertuah. "Di atas runtuhan kota Melaka kita dirikan jiwa merdeka" kata-kata Dr.Burhanuddin Al-Helmi. Melaka akan kekal terpahat selamanya. Negeri yang amat istimewa untuk saya.

Kini masih mengatur jalan depan sana~

2 comments:

fendy_ahmad said...

Salam,

Tahniah, penghujungnya semakin kelihatan dan nyata hasilnya yang baik.

Saya berasa bangga kerana menjadi antara insan-insan yang pernah anda kenali di sepanjang penitian di MMU.

Anda layak saya panggil sebagai 'junior', 'anak murid' dan akhirnya sebagai 'adik.'

Moga selepas ini semangat dan iltizammu akan terus membara demi agama, bangsa dan negara :)

Nurul Aizam Zaini said...

to mr fendy: mekasih... :D haha... tu lah, first knal sbb jd tutor sy :D masa belajar sy x knal sgt pun huhu... maklumlah org tu kn bz study jer.. tu yg grad first class :D

Ameen~