Tuesday, August 04, 2009

berita rakan2 kita...

Kawan-kawan. Sedang kita dalam keadaan dan suasana yang sihat, selesa,tenang dan aman, ada rakan-rakan kita yang kini diuji Allah swt.

Bukan isu Palestin, Uighur dan sebagainya. Itu jelas seluruh dunia tahu dan kita wajib bantu dengan apa sahaja daya yang kita ada antaranya doa.

Tapi kali ini saya nak beritahu keadaan beberapa orang rakan kita yang rapat dan dikenali tapi mungkin kadang-kadang kita lupa tanyakan khabar mereka.

Zulhelmi Mohd Nasir (mong):

Dia baru lepas jalani pembedahan kedua semalam (selasa). Peha yang patah telah dimasukkan besi kali yang kedua selepas besi yang pertama dahulu patah.

Pembedahan memasukkan besi yang lebih panjang dan lebih sakit menurut apa yang mong beritahu saya melalui perbualan telefon.


Nizam Syamil Razali:

Kini ditahan di wad 838 A Tingkat 4, Hospital Pantai. Nizam demam yang mencapai suhu 39.4 c.
Muntah-muntah.

Saya sempat ziarah dengan syah lepas dapat syah dapat sms tadi (8.30 mlm) beritahu nizam ditahan di wad. Keadaan dia stabil, tapi suhu badan panas sangat.

Doktor akan jalankan ujian darah esok dan akan pastikan samada positif atau negatif dari H1N1.


Mohd Hamdan Mohd Shariff:

Ada di Shah Alam. Khabarnya turut juga demam dan hampir-hampir ditahan untuk dimasukkan ke wad. Setakat ini itu sahaja perkembangan hamdan.


Mohd Hazeri Jameri:

Demam panas dan selsema. Saya bawa dia ke pusat kesihatan dan pusat pemeriksaan H1N1 Ayer Keroh kelmari (isnin). Saringan pertama tak lepas kerana suhu terlalu panas.

Saringan kedua, ujian darah, alhamdulillah bebas H1N1. Kini berehat dirumah sambil ditemani Aizuddin.


Mohd Yusoff Razali (ucop):

Tadi saya bawa dia ke klinik. Ujian awal doktor alhamdulillah tak ada apa-apa yang serius. Cuma demam biasa.

Itulah dia serba ringkas maklumat rakan-rakan terdekat kita. Mungkin kadang-kadang kita lupa nak tanya khabar mereka.

Suasana hari ini sebenarnya agak serius. Tapi saya agak kurang faham kenapa di Malaysia ini, terutamanya di Melaka (saya di Melaka) rata-rata masih ambil mudah dengan virus H1N1 ni.

Ini adalah VIRUS yang berjangkit dari manusia ke manusia melalui udara. Titisan atau wap air yang terhasil dari bersin dan batuk terutamanya, amat berbahaya!!!

Kawasan-kawasan yang padat manusia contohnya, pusat membeli belah, stesen bas, Universiti dan lain-lain yang mana padat dengan manusia pada satu-satu masa amat tinggi kebarangkalian untuk dijangkiti jika ada yang membawa virus ini dan kita pula tidak ambil langkah berjaga-jaga.

Belilah penapis udara tu. (face protector) kalau tak salah nama dia. Gunakan, kalaupun malu nak pakai, sekurang-kurangnya bila pergi mana-mana bawa bersama. Mana tahu tiba-tiba ada orang bersin atau batuk berdekatan kita. Cepat-cepat ambil pakai. (mesti yang bersin tu rasa terhina =D) Opss.. sorry laa... precaution step oke ;)

Kemudian beli hand "sanitiser". Tujuannya untuk cuci tangan pada waktu-waktu yang terdesak kalau susah nak cari paip air dan sabun. Kena selalu bersihkan tangan.

Elakkan pergi ke kawasan yang ramai dan padat orang. Cuba elakkan. Banyakkan masa dirumah pun lebih baik. Pastikan kesihatan pada tahap yang baik.

Itu sahaja yang saya nak kongsi bersama pembaca semua. Selamat menjaga diri anda dan keluarga.

Buat rakan-rakan yang tidak sihat tadi, kami doakan kalian semua cepat sembuh yaa!!! Ameen!!!~




2 comments:

HafizuddinPirus said...

Mari sama-sama kita doakan sahabat2 kita dihindarkan dari segala penyakit2 akhir zaman ini..

Rasulallah SAW pernah bersabda:
"Bagi setiap penyakit itu ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah"

InsyaAllah..

Noor Ashraaf said...

woi mana SIJIL SRC? hahah