Wednesday, August 13, 2008

Aduhai UiTM~

Salam~

Isu yg agak panas ketika ini, Isu UiTM yg dicadangkan supaya dibuka 10% kuota utk bukan melayu. Hari ni dalam The Star saya baca, pelajar UiTM buat perhimpunan dan Presiden MPP serah memorandum bantahan.

Jom kita buka wacana segar bersifat akademik dan ilmiah dan perbicangkan isu ini dari perspektif yg lebih luas. Janganlah kerna UiTM utk MELAYU, utk masa depan MELAYU, HAK MELAYU dan berbagai bagai lagi semuanya HANYA DEMI MELAYU!!! kita menafikan HAK rakan kita yg sama sama lahir, membesar, belajar dan mati sbg warganegara yg sama, WARGANEGARA MALAYSIA.

Cuba kita lihat dari perspektif agama. ISLAM juga adalah utk semua. Tidak pernah ALLAH s.w.t nyatakan dalam Al-Quran, ISLAM utk org2 ISLAM sahaja. Orang bukan ISLAM x bole belajar ttg ISLAM, tak boleh tahu apa itu ISLAM, dan tak boleh menganuti agama ISLAM. TIDAK sama sekali. Ia untuk semua, utk siapa2 sahaja. Inilah yg menjadikan ISLAM itu berkembang hari demi hari hingga suatu ketika ia menguasai 2/3 dunia.

Jelas lah kat sini bahawa kenapa perlu ada sifat eksklusif. Apa UiTM terlalu eksklusif hanya utk MELAYU??!! Bukalah ruang, bukannya habis hancur berkecai pelajar MELAYU jika 10% ruang yg diberi pd bukan MELAYU. Kenapa? gusar tkt nnt pelajar MELAYU ditindas di Universiti khas org MELAYU sendiri? Hahaa.. karutlah korang nih.. kuota tu 10 % sahaja. Tak sampai 20% pun. Sikit sgt pun kalo nk ikutkan. Kalo bahasa org muda " tak jadi kudis pun" atau " ciput jer" . Sikit sgt!!

Bukalah minda wahai sahabat2 ku di UiTM ( bukan semua yer, sebahagian yg x setuju je ) :D . Keluar dari zon selesa!! Jangan jadi jaguh kampung. Lagak kita hanya dalam kepungan kecil. Cuba keluar skit. Tengok bagaimana persaingan sebenar!! Ini tidak... tak mahu beri ruang pada bangsa lain, akhirnya korang bersaing sama sama sendiri, dan jadi yg TERHEBAT dikalangan BANGSA SENDIRI. Alahaii.. ceteknya pemikiran tu.. Kita sangka kita dah HEBAT, tapi bila keluar ke tempat org.. haaa.. masa tu baru tauuu.. " alamak, ada ramai lagi org lagi hebat lah" Haa.. ye lah.. dah selama ni korang bersaing sama2 korang sebangsa je. Macam mana nak nampak kita ini sebenarnya jika dibandingkan dgn bangsa lain di level manakah sebenarnya kita?

Sebagai contoh, saya bukan mahu mendabik dada atau bermegah megah, BUKAN! Ianya pengalaman saya sendiri. Kami di MMU, pelajar terdiri dari lebih 70 buah negara. Ada yg dari Mesir, Iran, Iraq, Yemen, Khazakstan, Mongolia, Indonesia, Bostwana, Ghana, Nigeria, Afrika, Sudan, Somalia, China, Bangladesh, Uganda, Myanmar... macam macam lagilah.. tak perlu saya senaraikan semua. Kalo nak tau gak pergi web site MMU : www.mmu.edu.my.

Bila kita bersaing dgn bangsa2 yg lain, kita akan jadi lebih kompetetif, lebih berdaya saing, lebih maju kedepan dan lebih terbuka minda nih! Yalah.. sbb kita bersaing dgn mereka2 yg berbeza cara fikir, yg berbeza mentaliti, yg berbeza budaya, berbeza tahap pengetahuan, berbeza latar belakang, sosio budaya dan berbagai bagai lagi beza. Disini kita belajar utk jadi lebih HEBAT! Disni baru kita tahu kita bangsa MELAYU sebenarnya dimana kita? Paling hebatkah? Paling baik kah? Paling sopan kah? Paling rajin kah? Baru kita tahu, baru kita kenal bangsa sendiri, kekuatan kita diamana? kelemahan kita di mana?

Janganlah takut utk bersaing! Keluar dari zon selesa. Lihat dunia luar sana ada bagai bagai ragam manusia. Ada bagai2 jenis rupa manusia, ada bagai2 sikap manusia. Khas utk pimpinan pelajar di UiTM, Tuan presiden, jgnlah lihat isu ini dari perspektif yg sempit. Kaji dan teliti "Pro and Cons." Saya juga bekas pimpinan pelajar MMU Melaka. Disni kami terpaksa hadapi bukan sahaja karenah pelajar2 tempatan, malah lebih mencabar dlm menghadapi ragam pelajar antarabangsa. Disini juga kami kena belajar bagaimana utk mengawal mereka, bagaimana utk buat mereka dengar dan patuh pada lokaliti masyarakat kita. Ini cabaran sebenar utk menjadi BANGSA yg hebat dalam erti kata GLOBAL. Ingat senang ke nk kawal pelajar2 antarabagsa nih? Cubalah dulu baru tahu... :)

Kita punya misi menjadi sebuah negara MAJU sepenuhnya pada tahu 2020! Seperti diimpikan mantan PM. Apa kita akan berjaya mencapai untuk menjadi BANGSA MAJU ini jika untuk bersaing dgn orang lain pun kita tidak mahu, tidak upaya, takut bangsa kita dipijak di BUMI sendiri dan berbagai bagai lagi alasanlah. Tak perlulah khuatir, bagaimanapun Negara ini adalah Tanah Melayu. Keistimewaan kita tetap terjaga, TETAPI tidak bermakna kita sesuka hati boleh menidakkan HAK KAUM lain dlm erti kata lain rakan2 kita yg berbangsa INDIA dan CINA. Mereka juga ada HAK sebagai warganegara.

Islam itu ADIL. Jika kita benar2 negara ISLAM, berlaku adillah pada semua. Tak tahu lah jika ada yg tak bersetuju ISLAM itu utk org MELAYU saja. Kalo begitu tidak ADILlah ISLAM ini. Saya rayulah pada rakan2 yg SEBANGSA dan SEAGAMA dgn saya di UiTM, usah khuatir, usah gusar. Tak kan hilang MELAYU di UiTM hanya dgn 10 % ruang yg diberi. Tak kan MUSNAH MELAYU, tak kan MELAYU dipijak dibumi sendiri. Percayalah pada janji yg ESA. Adillah pada semua, insyaAllah DIA akan bantu kita.

MAHASISWA HARUS BERANI DALAM MENDEPANI SUASANA HARI INI YANG CUKUP MENGUJI DALAM MEMBINA MASA DEPAN NEGARA YANG LEBIH TINGGI!

Salam~

17 comments:

Anonymous said...

Ideologi kita berbeza. Saya orang UMNO!

Haha

Hiswadi Anuar said...

Kenyataan Prof Dr Khoo Kay Khim "Sebenarnya kalau dibuka kepada bukan melayu pun, mereka-mereka ini tidak berminat sebenarnya..saya fikir ini hanya sebab politik"..

Jadi mari kita sama-sama berfikir.

Anonymous said...

Mungkin ada benarnya kenyataan itu Mr. Campro.. :) Jadi pelajar UiTM fikir2 kan lah.. kenapa kenyataan sedemikian dibuat?

Mahasiswa perlu lebih kritis dan kreatif menganalisa suasana. Jgn semborono beriaksi tanpa usul periksa!

Mya Sakura said...

aku sebagai penuntut baru UiTM dan mantan pelajar MMU...aku bersetuju dengan pendapat ko.. ;)

fendy_ahmad said...

Salam,

Maaf kata, nampaknya penulis terlalu bersifat idealis.

Isu ini adalah isu yang cukup sensitif dan saya tidak berap berminat untuk mempebesarkannya

Yang pasti, Tuan MB Selangor itu bercakap atas 'kepentingan politik' sekaligus diguna pakai juga pihak yang satu lagi untuk 'kepentingan politik.'

Cukuplah saya tamatkan kata kata saya dengan ayat 'pihak yang satu lagi sudah lama mengamalkan dasar korporat tertutup penuh berselindung.' Dalam bidnag akademik, banyak lagi isu lain berkaitan dengan kesamarataan yang boleh diusulkan, bukan isu UITM ini.

Saya berani dengan kata kata saya, JANGAN CABAR HAK EKSKLUSIF MELAYU yang satu ini, jika tidak hanya KERETAPI TANAH MELAYU sajalah yang boleh kita banggakan.. Sekian :)

Anonymous said...

Saya fikir, saranan MB itu rasional. Cuma pendekatannya itu perlu difikirkan semula.

Bukanlah mahu bersikap perkauman dan menidakkah hak kaum lain, tetapi kita perlu tahu batas tindakan dan kesannya nanti.

Anonymous said...

Maaf kata juga, penulis komen terlalu bersifat nasionalis tanpa memikirkan untung nasib bangsa di masa hadapan!

Jika benar jgn cabar hak eksklusif MELAYU, apa tindakan TUN Mahathir sanjungan ramai membenarkan BAHASA INGGERIS digunapakai utk mengajar subjek sains dan matematik tidak mencabul HAK EKSKLUSIF MELAYU?? bukan saja hak, malah meletakkan martabat BAHASA MELAYU seolah olah tidak layak digunakai dlm mengajar subjek2 ini.

Nasionalis baik, tapi perlu ada tempatnya. Saya juga sayang BANGSA saya. Kerna sygkan BANGSA sy, kita perlu berfikiran matang. ISU ini bukan isu HAK MELAYU atau apa saja tentang MELAYU. Ini soal masa depan
kualiti PELAJAR MELAYU!

Jika mahu jadi bangsa yg tidak mahu bersaing dgn bangsa lain.. tak apalah.. JANGAN BENAR BUKAN MELAYU MASUK UiTM.

Islam tidak pernah ajar penganutnya bersifat EKSKLUSIF malah menyuruh pada jalan KEADILAN utk semua!

Pilih lah.. mahu ikut apa ISLAM SURUH atau mahu ikut apa yg ISLAM tidak SURUH!

:)

Anonymous said...

abg aizam, u have my vote

Nurul Ain said...

Kepada mahasiswa generasi baru,buka lah mata luas kn pemikiran and sahut cabaran untuk terus maju ke depan..jgn biarkan diri sentiasa ditakuk lama....chayookk2

A said...

(biar betul ain bersuara)
(*-_-)

Anonymous said...

amboi bos perli nmpak..cet :P:P hahahah

A said...

salam tok sheikh-tok sheikh sekalian ..

izinkn insan yg serba kerdil dan dhoif ini mencelah ..
walaupun aizam ada menyatakan maafnya pd teman bloggers skalian bhw kebelakangan ini tulisan beliau agak sensitif ..
sy ttp merasakan pandangan dan cetusan beliau adlh 'suara anak Malaysia' ..
jelas disini semakin ramai yg peka dgn 'samarinda politik' M'sia kita ..
sy yakin jumlah penonton drama cerekadewata TV3 semakin menyusut ..
sy tetap merasakan dimana struktur pendidikan kita yg meletakkan sistem pendidikan sekular yg diterapkan sejak awal lagi ..tnpa mendasarkan pengajian al-Quran dan as-Sunnah sebagai asas menjadikan pendirian dan amali kita pd agama kucar-kacir dan cukup memeningkan kepala ...
campur-aduk fahaman ini boleh merosakkan sistem peradaban manusia !
pabila sistem sekular ini menjadi asas dr tahun 1 persekolahan rendah hingga ke tingkatan 5 persekolah menengah ..

seterusnya di laman sawang sy ..
http://azrilhanafi.blogspot.com

sap said...

ideologi kite sume masing2 berbeza..
kalo ade yg kate psl hak eksklusif melayu,ala camon aaa..bahase myu sndri pn dirojak2an..bole tgk sndri kat tv menteri2 sndri kdg2 gune bhs rojak..
UiTM utk org myu..ok la kalo bgus mcm tu xpe la..tp bekualiti ke graduan2 uitm ni..cube tnye majikan2 kat lua sane tu..kebykan drg ssh nk amik bdk2 ipta sbb drg ni x bequality..sbb ape x bequality sbb suasana tpt bljr itu sndri tdk kompetetif..sbb ape x kompetetif sbb drg ni hanye begaul dan besaing sesame sndri je..
kalo btol sygkan bangse jgn tkut mara ke hdpn..besaing..bkk la mate tu sket..jgn la jdkan bangse myu ni mcm asabiyah..
taapi,bngse2 laen pn kene la fhm sensitiviti bngse sy..ade bnde kte bole bncng ade yg x brape nk elok kte bncng..hdop betolak ansur n bertoleransi tanpa langsi br la aman sejagat..
bye

Anonymous said...

kalau 1 hari nnt Bangladesh, Nepal, Myammar, Thailand, Philipina, Indonesia dan lain2 warga asing yg kini berada di Malaysia menuntut Hak yg sama dengan warganegara Malaysia..Apakah tindakan kita? Jangan lupa saudara2 bahawa realitinya mengikut perlembagaan " CINA & INDIA ADALAH IMIGRAN " yang telah disucikan "imigran"nya hasil dari Pakatan Murni yang dipersetujui oleh Tunku Abd. Rahman, Tun Sambathan, Tun Tan Cheng Lock juga Tun HS Lee...ingat kata2 Sardon Jubir "jangan ada anak melayu yg biarkan darah bangsanya dihirup hanya kerana rasa dirinya cukup bagus cukup pandai"

Anonymous said...

saya rasa ananymous ni tersilap membaca isu la.. kalau seperti apa yg digambbarkan encik x bernama punya pdangan, sudah pasti kita akan ttg..

kita sekarang bercakap ttg 3 kaum utama msia yg dlm perlembagaan tlh dipersetujiu sbg kaum yg utama disamping etnik2 di sabah n sarawak..

apa kena menengena dgn bangla, pakistan, thaliland.. itu tidak timbul dlm isu ni, jgn bawa perbincangan menyimpang dr tajuk..

bercakap gunalah lagik akal, hujah dgn ilmu, kaji isi secara akademik.. ini sy lihat en x bernama ni sekadar mewujudkn provokasi, dah xde idea nk tulis, tp nk tulis jugak..

lagi satu.. kenapa tak beri nama? jgn risau, sy x bermusuh.. ramai kwn2 sy yg x sependapat dgn sy, tp kami berkwn baik.. cuma berbeza pdndapat itu biasa, manusia berbeza beza..

kita berani dgn kata2 kita..

Anonymous said...

salam...

cadangan MB tu cumalah cadangan...die tade kuase pon nak laksanakan...

kenapalah budak2 ni yg bergelar mahasiwa/i tu pegi berdemo gila babeng....tak profesional langsung..ini ke minded budak2 u?

korang ingat sket yg bile korang kua nak mintak keje nanti..bukannye korang nak mintak kat syarikat nye yg owner nye melayu sahaja..kebanyakannya adalah sape punye...?aaa...aiyoo...

apalah korang nie..tunjukkan lah korang tu mahasiswa/i melayu yg tak bole dipandang rendah...MPP ape function eh..korang la patutnye membimbing..ini tak...adoi..

lagi satu..isu2 kuota ni dari dulu lagi diputar2kan..asal yg nie aku nampak hot sangat...
em..years back..mrsm,sbp,matrix,jpa..total silence...

ade lagi..nape ye tak berdemo pasal isu...arak ke...?maksiat's stuff ke...?

Anonymous said...

salam...

cadangan MB tu cumalah cadangan...die tade kuase pon nak laksanakan...

kenapalah budak2 ni yg bergelar mahasiwa/i tu pegi berdemo gila babeng....tak profesional langsung..ini ke minded budak2 u?

korang ingat sket yg bile korang kua nak mintak keje nanti..bukannye korang nak mintak kat syarikat nye yg owner nye melayu sahaja..kebanyakannya adalah sape punye...?aaa...aiyoo...

apalah korang nie..tunjukkan lah korang tu mahasiswa/i melayu yg tak bole dipandang rendah...MPP ape function eh..korang la patutnye membimbing..ini tak...adoi..

lagi satu..isu2 kuota ni dari dulu lagi diputar2kan..asal yg nie aku nampak hot sangat...
em..years back..mrsm,sbp,matrix,jpa..total silence...

ade lagi..nape ye tak berdemo pasal isu...arak ke...?maksiat's stuff ke...?