Monday, August 18, 2008

DEMO lagi ?? ~

Salam~

Syabas!!! Tahniah!!! Well done!!! apa2 je la.. asal yg terbaik utk MAHASISWA!! Kenapa yer??
Haa.. siang tadi satu kumpulan DEMONSTRASI yang meggelarkn mereka sebagai

"GERAKAN MAHASISWA MANSUH AUKU"

telah berDEMO dihadapan parlimen hari ini!! Ini gelanggang SEBENAR bagi mahasiswa utk berDEMONSTRASI!!! Bukannye kerna isu2 kecil yg dimanipulasi media kita berDEMO seluruh negara...

Mana pelajar2 UiTM yg ramai2 suka berDEMO smp x pergi kuliah?? kalau suka berDEMO ini gelanggang sebenar KITA! Inilah yg sepatutnya kalau nk DEMO... Perjuangkan hak KITA MAHASISWA!!

credit to demamalaysia.wordpress.com utk gmba2 nih..

Berjuang terus berjuang, juang sampai sampai kita menang!! ewahh mcm lirik lagu pulak.. haha

:)

STUDENTS POWER!!!

6 comments:

fendy_ahmad said...

Salam,

Saya mencabar budak-budak yang berdemo untuk hapuskan AUKU ini untuk mendapatkan ijazah kelas pertama di dalam pengajian mereka...

Sekian

Anonymous said...

W'lam..

haha.. saya hairan mengapa sudara fendy emosi ya?? apa pelajar UiTM yg kononnya berDEMO utk HAK MELAYU bole dapat ijazah kelas pertama juga??

Disini bukan isunya kelas pertama ka, kelas kedua ka, ponteng kelas berdemo ka..

isunya, jika mahu berdemo, biarlah gelanggangnya betul..

Alahai.. kalau x demo pun, malas stadi x dpt jugak "first class"

apa bezanya..

sekian juga~

Anonymous said...

Saya juga hairan dengan cabaran ini. Apa kaitannya demonstrasi itu dengan pencapaian akademik mereka?

Adakah kita perlu meletakkan pencapaian akademik sebagai ukuran kelayakan untuk mereka bangun menuntut hak yang tidak mereka peroleh?

Maaf. Saya kurang jelas.

Anonymous said...

Sepatutnya sbg bekas kepimpinan tertinggi kampus (MMU Melaka) saudara seharusnya matang dalam isu AUKU walaupun MMU tidak terikat dengan AUKU (tau ke ?)..Fahamkah saudara tentang AUKU? dan apakah yg nk ditakutkan sangat dengan AUKU ni? Apakah AUKU menghalang 100% penglibatan mahasiswa dengan badan2 luar atau lebih tepat lagi Parti Politik? Fahamilah AUKU sebelum bertindak BODOH membiarkan diri DIPERBODOHKAN pihak2 tertentu yang jelas memanipulasikan isu ini untuk terus menghentam kerajaan..

Anonymous said...

salam anonymous...
siapa kata MMU tidak terikat dgn AUKU?? apa saudara bekas pelajar MMU??

sbg bekas pimpinan saya tahu kami terikat dgn AUKU!! cuma namannya lain sedikit.. pernah sudara dgr ACT 555 ??? tahu apa itu act 555??
tahu apa isi kandungan act 555??

sebelum beri komen, buatlah kajian dahulu.. jgn fikir IPTS bebas sepenuhnya..

kenapa berselindung.. berilah nama.. saya lebih suka begitu.. :)

Adam Kulim said...

Auku cakap parti politik tak boleh masuk kampus dan bekerjasama dengan pelajar(perkara 15).

Tapi untuk keselamatan kerajaan diletakkan hanya dengan kebenaran naib chanselor. Dan dapatlah umno masuk dalam kampus...untuk parti pembangkang??no way la...

Utk IPTS disediakan Akta IPTS 1996 (ACT 555) (tak tahu sama ada dipinda atau tidak) adalah refleksi daripada AUKU apabila melihat gelombang pelajar dari ipts meningkat.

Dan untuk penakut bernama anonymous yg mungkin bapak dia letak nama tu.... AUKU menghalang suara mahasiswa yang mengecam kerajaan dan lebih senang lagi kerajaan tidak mahu kebangkitan dari pelajar melalui kampus..

Jangan kata yang berat2, hendak memungut duit pun tidak dibenarkan walaupun untuk tujuan yang baik(pungut duit dengan apa cara sekalipun)..ini dibuat jika ada usaha2 memungut dana bagi menyokong kebangkita pelajar atau untuk pembangkang...

Kebebasan bersuara pelajar tidak wujud di Malaysia seperti negara2 lain...ada saja yang kena tangkap..malah saudara Aizam juga pernah diugut oleh bekas dekan di universiti kita ini ketika membongkar seorang pensyarah yang psiko....semua dibuat untuk menjaga kedudukan masing2...

Belajar2 lah bercampur dengan pemimpin IPTA...sama ada yang aspirasi atau pro pembangkang..maka dapatlah dilihat secara dekat bahawa AUKU ini menghalang pelajar dalam bersuara menegur kerajaan dan hanya menjadi alat untuk kerajaan mengawal pergerakan pelajar...tak cukup lagi ka dengan peraturan2 universiti yang sedia ada?

Perbincangan sulit mengenai perkara ini pernah saya lakukan dengan beberapa orang pegawai tertinggi dari Kementerian Pendidikan (satu ketika dahulu),Biro Tatanegara,Jabatan Perdana Menteri di Ali Maju Pusat Bandar Damansara. Ingin mengetahui lebih lanjut..sila hubungi saya...mereka telah memberitahu satup persatu mengenai AUKU...memang kasihan dekat mahasiswa yang pro pembangkang..semuanya telah well-planned.

Saya tidak dapat katakan di sini kerana ia melibatkan rakan saya di kementerian2 berkenaan....tapi jika sesiapa yang ingin tahu..berjumpa dengan saya Insya Allah...kita boleh berbincang mengenai perkara ini...hubungi saya...

Mengenai saranan encik fendy mencabar mereka yang berdemo ini mendapat ijazah kelas pertama..saya menyokong beliau...kerana pendidikan adalah teras kejayaan masa depan (bak kata Saudara Khairol Khalid) .

Cuma saya ada perkara-perkara yang tidak saya senangi dengan DEMA ni..(ketika aktivis pelajar dahulu) yang tidak perlu saya nyatakan di sini....


Itulah sebabnya rakan2 kami di IPTA menyertai beberapa NGO pelajar..dan suara2 dilontarkan melalui NGO2 pelajar ini...

Jika saya salah..pergi tanya secara peribadi dengan :

-Naib Cancelor UUM (Tan Sri Nordin Kardi)

-Naib Cancelor USM ( Prof Dato Dzulkifli Razak)

-Pengerusi MMU (Tan Sri Musa Mohammad)

Tanya mereka secara peribadi tentang AUKU dan bukan di open forum....dan katakan sampaikan salam kepada mereka dari ADAM PAKPIN, MMU Melaka.