Monday, June 01, 2009

Jangan Lupa Lirik vs ???

Tiba-tiba saya rasa nak tulis tentang apa yang saya terlihat petang tadi dalam tv. Sebenarnya saya dah lama tak tengok rancangan tv. Maklumlah, sedikit sibuk dengan aktiviti kampus. Di rumah sewa saya pun, yang ada cuma tv1, tv2, tv3, ntv7, tv9 dan tv8 kot.

Tapi saya bukan selalu ada rumah. Tak percaya tanya la kawan serumah saya, leman dan shah (tauke lintah) :D Daripada tonton tv, saya banyak habiskan masa dengan internet. Baiklah, saya terus pada topik utama artikel kali ini.

Memandangkan saya sekarang sedang bercuti di Sarawak, jadi ada banyak masa terluang, dan petang tadi selepas pulang minum 'teh Sarawak' saya sempat tonton tv. Saja dah lama tak tonton tv.

Kemudian ade satu iklan. Mula-mula saya tak faham iklan tu. Sebab iklan dia ialah 'short scene' dari 'scene' yang berbeza-beza, dan semua orang yang dalam 'short scene' tu cakap dialog yang sama "itu pun tak ingat ke?"

Akhir sekali baru tahu, rupanya rancangan "Jangan Lupa Lirik". Siapa yang tahu rancangan itu, mungkin tahu konsepnya. Racangan yang berkonsepkan hiburan. Semua peserta perlu menyanyi satu lagu yang dipilih mengikut undian peserta sendiri, tapi peserta tak tahu lagu apa. Cuma bole pilih contohnya peserta A pilih nombor 3. Kemudian nasiblah lagu apa yang dia dapat.

Lepastu kena nyanyikan lagu diiringi dengan lirik pada skrin paparan sampai habis dan menariknya, sedang peserta tu layan menyanyi, tiba-tiba, lagi tu akan diberhentikan dan lirik pun tak ada. Peserta yang berjaya habiskan dengan betul liriknya, dikira berjaya ke peringkat seterusnya.

Satu idea yang amat menarik dan praktikal bagi saya apabila ditukar sedikit intipatinya. Apakata kita jadikan program itu kepada "Jangan Lupa Al-Quran" :)

Hafal lirik lagu yang 'lagho' tidak memberi apa-apa bantuan walau sedkit pun kepada kita. Saya juga suatu ketika dahulu akan cuba menghafal lirik-lirik lagu yang menjadi kesukaan saya. Namun setelah dilihat kembali menerusi timbangan neraca Allah SWT, maka ia menjadi sia-sia.

Pemuda-pemudi semua, ingatlah, mengapa Islam hari ini diinjak-injak oleh musuhnya adalah kerana kita sendiri. Apa kekuatan kita hari ini yang boleh dibanggakan? Apa pencapaian kita hari ni yang mampu buat seluruh umat dunia kagum pada kita?

Teringat saya pada kata-kata Amirul Mukminin Saidina Umar Al-Khattab “Kita dahulunya adalah kaum yang hina, Allah telah memuliakan kita dengan Islam, andainya kita mencari kemuliaan selain dari apa yang telah Allah muliakan kita dengannya maka kita akan dihina oleh Allah”

Islamlah yang telah memuliakan kita semua. Apakah kita masih ragu-ragu lagi akan kemuliaan yang Allah berikan pada kita semua? Kembalilah berpegang pada kemuliaan yang sebenar. Carilah sebanyak-banyak rahmat Allah sementara umur yang dipinjamkan ini masih belum tamat tempohnya.

Marilah kita sama-sama periksa kembali diri kita. Berapa banyak lirik lagu yang telah berjaya kita hafal dan berapa banyak surah pula yang telah berjaya kita hafal?

Antara lirik lagu dan surah-surah dalam Al-Quran ini, yang mana satu akan membantu kita ketika dihisab oleh Allah SWT di mahsyar nanti? Sama-sama kita memulakan langkah menuju redha Allah SWT, dan semuga Allah SWT merahmati kita semua.


Fasthabiqul Khairat~


Disclaimer: Artikel ini untuk ingatkan diri saya sendiri sebagai penulis yang masih punya banyak kelemahan diri dan untuk pembaca yang sudi mengambil kebaikan darinya.

2 comments:

A.S said...

Renungan orang berilmu meletakkan darjatnya setapak di hadapan yang lain..

Muga istiqamah akhi, boleh jadikan satu agenda ISTEAM ni :)

Allahu'alam

Nurul Aizam Zaini said...

Segala puji hanya milik Allah :)

InsyaAllah, Ameen~

Thanx...