Saturday, June 13, 2009

Selamat datang pelajar baru!!!

Pada adik-adik baru yang masuk ke Universiti, kami ucapkan TAHNIAH!!! Sekarang kamu semua bergelar pelajar Universiti, bukan lagi lepasan SPM yang masih belum tahu kemana. (kecuali yang terus bekerja)

Satu suasana baru buat kamu semua. Persekitaran pembelajaran yang amat berbeza dengan sekolah. Jujur saya katakan, di Universiti, kamu bebas, sebebas-bebasnya. Lebih-lebih lagi bergelar pelajar MMU. =)

Sedikit sebanyak pengalaman saya belajar di MMU mungkin boleh dikongsi bersama buat panduan. Orang putih cakap "total freedom". Yaa.. memang betul, nak buat apa pun di Universiti ini, silakan. Tidak ada siapa menghalang.

Tapi apa yang boleh pastikan kita terus terselamat dari suasana yang tidak sihat ini? Mudah ja. Carilah kawan-kawan yang boleh sama-sama bantu kita untuk jadi lebih baik. Rujuk senior-senior yang boleh beri nasihat yang baik.

Dan faktor yang paling penting untuk pastikan adik-adik terus dalam suasana yang baik dan sihat ialah, ketaatan pada agama kita Islam. Inilah faktor paling utama. Jangan tinggal solat 5 waktu. Ini 'requirement' paling rendah. Jaga solat 5 waktu yer =)

Hidup di Universiti amat berbeza adik-adik. Di sekolah, kalau sekolah berasrama penuh atau tak penuh atau setengah penuh ke, ada cikgu-cikgu yang selalu ingatkan kita. Kalau SBP, atau berasrama, ada jadual yang sentiasa ingatkan kita.

Bunyi loceng 'kringgggggg...' pergi 'prep'. 'Kringgggggg.....' pergi riadah petang. 'Kringggggg.... waktu makan malam. 'Kringgggggggggg' tah ape lagi yang kena buat lepas tu. Pendek kata, semua dah disetkan. Kita cuma tinggal kena ikut je jadual tu.

Kalau di rumah setidaknya ada mak dan ayah. "Aminn!!!!!, dah siap kerja sekolah belum?". " Maillllll!!!, bangun solat subuh yer". "Ayuuuuu!!!, makan, dah siap hidang kat dapur tu". Haaa.. tu lah dia antara dialog-dialog yang kita biasa dengar masa di alam ria sekolah :D

Di Universiti, siapa yang susun jadual kita?? Siapa yang kejut kita solat? Siapa yang masakkan untuk kita? Siapa yang ingatkan kita siapkan 'assignment'. Ingatkan kita untuk belajar, peperiksaan dah dekat?

Malangnya tak ada adik-adik. Kita sendiri tentukan apa kita nak buat. Maka masa depan kamu ditangan kamu sendiri. Kamu lah yang akan corakkan warna-warni kehidupan kamu nanti. Saya pinjam kata-kata kawan saya, Hamdan Al-migrainni :D , Universiti ni ibarat Kilang. Pelajar baru ibarat kapas putih.

Bila kapas putih ni masuk dalam kilang untuk diproses, jadi kalau prosesnya baik, dan yang menjaga kilang prosesnya pun baik, insyaAllah dia akan keluar jadi sehelai baju yang cantik warna-warni.

Macam tu jugaklah dengan kita. Pelajar baru masuk, Universiti akan jadi kilang untuk membina mahasiswa baru ini. Dan kilang ini perlukan pekerja untuk gerakkan kerja-kerja dikilang. Maka, senior-senior, dan kawan-kawan yang baik akan tolong bantu kita sepanjang dalam proses kilang itu tadi.

InsyaAllah, selepas beberapa tahun, kemudian keluar jadilah seperti mana yang telah dilalui sepanjang proses di Universiti ini. Jadi, pilihlah, mahu keluar jadi lebih baik, atau sama sahaja, atau lebih menakutkan, jadi lebih teruk dari sebelumnya?

Pilihan ditangan kamu. Tentukan.

Buat pelajar-pelajar lama atau lebih mudah senior students, bantulah adik-adik ini. Bimbinglah mereka dengan baik.

Bilamana kita bantu mereka, bimbing mereka, pastikan mereka jadi lebih baik dari kita. Ini prinsip asasnya. Bantu orang lain untuk jadi lebih baik dari kita. Mesti ada yang tertanya-tanya, kenapa kena bantu sampai jadi lebih baik dari diri kita sendiri?

Kalaun kita bantu mereka, tapi dia tetap jadi orang yang sama, lebih baik tak perlu bantu. Jadi mesti pastikan adik-adik ini jadi lebih baik. Lebih baik diri dia yang sebelumnya dan lebih baik dari kita.

Dan seterusnya, adik-adik ini pula akan bantu adik-adik yang akan datang pula untuk jadi lebih baik dari dia dan seterusnya sampai dunia ini tamat. Hasilnya, kita akan setiasa membina manusia untuk jadi lebih baik dan baik dan baik. =) Faham ke ayat ni? huh...

Pesanan buat diri saya sendiri dan senior-senior yang lain. Apapun, atas dasar yang baik, mari kita bersama-sama bantu-membantu. Bekerjasama dalam perkara yang benar dan kita berlapang dada dalam perkara yang kita tidak sepakati.

Ini agar adik-adik tidak menjadi mangsa suasana dan keadaan. Kita sama-sama bekerja untuk bantu mereka, dan biar mereka tentukan pilihannya. Asalkan pilihan itu tidak lari dari syariat, itu sudah cukup baik.

Bantulah adik-adik baru semampu yang boleh, dan adik-adik baru ini juga perlu bantu diri sendiri masing-masing sekuat yang mampu. Muga kita semua sama-sama diberi kekuatan dan pertolongan dari Allah SWT untuk terus maju dalam membina Jati Diri Muslim yang sebenar.


Disclaimer: Tulisan ini sebagai pandangan peribadi penulis dan berdasarkan dalam konteks MMU, Melaka.

3 comments:

Nini Marini said...

Salam,

Tersenyum² saya baca entry yang ni.ada kata² yang mencuit hati.sempoi.

jzkk.=)alangkah baiknye kalau ada senior yang tulis macamni pade kami,waktu sy mula² masuk MMU dulu.takdelah terpinga² mencari diri sndiri.

Ape²pun, MMU tetap satu kenangan yang paling manis spanjang hidup saya. bukan kerana OC²nye mahupun SRCnye(u know what i mean),tapi kerana di situlah sy mula belajar untuk menapak sndiri di alam dewasa.di situlah titik mulanya.

Alhamdulillah.
Moga tulisan abg aizam yg ini dapat beri manfaat dan panduan buat adik² baru. insyaAllah.

Nurul Aizam Zaini said...

w'lam...

haha... senyum itu sedekah =)

MMU memang bnyk mengajar sy erti kehidupan juga pada saya...

Harapnya begitulah, mana yang baik ambil jadikan panduan, yg x baik jadikan sempadan...

ameen~

Anonymous said...

Assalamualaikum
Saya sedang apply mmu for jun intake. Kos apa yg ramai student melayu? Dwmgarnya mmu kurang student melayu betul ke...
Mohon pencerahan..tq.