Saturday, September 13, 2008

puasa+raya+exam

Salam~

Haa.. skang ni tak kira siapa, kat mana, bila, semua asyik dok bercakap tentang 16 Spetember. Tak apa, kita tunggu ja apa yang bakal terjadi pada tarikh keramat tuh. Tapi jangan lupa, sedar tak sedar kita dah masuk hari ke -13 berpuasa. Haa dah 13 Ramadhan nih!! lagi 2 hari cukup separuh bulan.

Parlimen.. sama sama nantikan~

Ada rasa apa apa perubahan tak pada diri kita? Jadi lebih baik ke? sama je ke? atau lebih teruk? huu.. yang tu tuan punya badan sendiri jawab la.. Diri saya ni pun belum tentu lagi, sama sama la kita usaha jadi lebih baik~

sedap tak cendol neh?? :D

Tapi apapun, bagi pelajar Multimedia University, Ramadhan kali ini benar benar menguji kita semua. Mana tak nya.. kalau mula dari hari ini 13 Ramadhan, ada baki lagi 22 hari sebelum mula PEPERIKSAAN AKHIR TRIMESTER 1.

Ditambah pula dengan mid-term exam yang masih belum habis bagi sesetengah course, assignment yang semakin hampir tarikh submissionnya, presentation yang masih berbaki.. Huh.. cabaran.. Tapi harapannya tidakklah Ramadhan ini jadi alasan untuk kita tidak mampu untuk beri yang terbaik.

Sepatutnya dengan kesempatan kemuliaan Ramadhan ni kita lebih gigih mentelaah pelajaran. Ada rakan saya yang sampai tak balik raya ni semata mata untuk stadi walaupun kampung halamannya di kedah jer.. haa tengoklah betapa gigih semangat rakan saya nih.. patut dicontohi mahasiswa lain~

peringatan: jgn jadi mcm neh!!!

Minggu Peperiksaan bermula 6 oktober manakala Raya pula insyaAllah 1 oktober.. huh.. cabaran bagi sesetengah kita, nasib baik ada special break bermula 29 September sampai 3 oktober bagi menghormati pelajar islam menyambut hari kemenanagan bagi yang berpuasa la, untuk pulang merayakan bersama keluarga tercinta~

Jadi pada rakan rakan sekalian, adalah lebih baik kita buat persediaan awal.. jika minggu depan pun kita masih belum mula untuk ulangkaji, PERCAYALAH... dah tak ada masa lagi lepas tu.. Sepatutnya kita mula lebih awal lagi, tapi maklumlah, sebagai pelajar MMU, memang tak sunyi dari pelbagai mid-term, assignment, presentation dalam jadual waktu yang cukup padat!

Setidaknya kita mula dari sekarang.. CEPAT AMIK BUKU BACA!!! nih ape baca blog orang nih.. study study.. hehe.. :D

AMEEN!!!~

Ok lah semua rakan2, STUDY!! JANGAN LEKA LAGI!!!

Salam~

No comments: