Thursday, December 04, 2008

rupanya bukan kita yang punya~

salam..

Saudara, apakah pernah kita merasa hati ini meronta ,merintih menangisi dosa lalu?? Apakah kita pernah tersedar kita tidak punya apa apa ketika ini??

Subhanallah... semua yang kita miliki hari ini, pinjaman dari Allah s.w.t.. rupanya... mata, telinga, hidung, nafas, kesihatan, rumah, kereta, ibu, ayah, kawan... apa saja... satu pun bukan kita yang punyai..

Tapi pernahkah kita berlaku adil padaNYA?? Tugasan yang disuruh pensyarah, apa pernah kita melanggarinya? Pasti tidak kerana kita tahu ia untuk kecemerlangan akademik kita di dunia..

Bila mana peperiksaan akhir tahun menjelma, kita pasti akan bersungguh sungguh belajar kerana kejayaan yang bakal jelma itu nyata dan zahir...

Arahan pengarah program kita turuti.. demi menzahirkan kataatan kita padanya..

Tetapi... apakah kita adil padaNYA??

satu persatu diceritakan dalam al-Quran, apa yang DIA suruh.. apa yang DIA minta kita lakukan..

Tapi apa kita turuti segala arahan NYA berbanding arahan pengarah program? timbang tara dengan adil.. kita akan sedar.. rupanya kita tidak ADIL padaNYA..

Sedangkan ketika ini, semua DIA pinjamkan pada kita, bukan pengarah program, bukan pensyarah.. bukan siapa siapa...

Mari kita sama sama kembali nilai diri kita... neracaNYA yang paling sempurna... CINTAI lah DIA..

Disclaimer: 'Enrty' ini bukan tujuan menunjuk nunjuk, merendah rendahkan sesiapa, penulis juga manusia biasa yang masih punya banyak kekurangan. Tulisan ini sekadar untuk dijadikan ingatan pada diri saya sendiri dan juga yang ingin berkongsi. Allahu a'lam

2 comments:

Anonymous said...

mekaseh...
entry neh serba cketz..
mengingatkn syerk alik..
aper yg patut dperbetulkn..

Anonymous said...

Jgn masukkan setiap peristiwa ke dlm hati.

Jgn meletakkan bola dunia di atas kepala anda. Biarkanlah semua peristiwa itu terjadi, dan jgn disimpan di dlm benak anda.

Rasa gundah gulana akibat rintihan dosa2 yg lalu kadangkala mempengaruhi kehidupan seharian anda. Iye, benar, perlu dikaji kesilapan2 lalu, tapi semoga ia tidak menjadikan diri kite semakin lemah ;)

Nice post!