Monday, December 22, 2008

Saya kaya!! Awak apa ada??

Salamun Aleyk'

Wah!! Besarnya rumah tu!! Wah!! Cantik nya kereta tu!!Wah!! Canggih la telefon bimbit dia!! Hurmm.. Alhamdulillah, segala puji dan syukur kita panjatkan pada Allah atas segala nikmat dan rahmatNYA.

Hari ini ramai diantara kita yang hidup dalam suasana yang sedikit mewah berbanding yang lain. Ramai dikalangan muslim hari ini mempunyai kekayaan yang saya kira sangat bertuah. Ramai usahawan usahawan, peniaga peniaga muslim yang kaya raya.

Alhamdulillah ini cukup baik, kerana kita sememangnya perlu pada mereka yang kaya ini. Perlu?? Untuk apa??

Mari kita singkap kembali sirah rasulullah s.a.w. Secara umumnya, ramai dikalangan sahabat baginda s.a.w yang kaya raya sebagai contoh Uthman Bin Affan, Abdul Rahman bi Auf, Abu Bakar As-Siddiq.

Tidak perlu digambarkan betapa kaya raya sahabat sahabat ini. Subhanallah, memang sangat kaya. Digambarkan, di dalam buku Fiqh al-Sirah, Dr. Munir Muhammad Gahdban telah membawakan sebuah riwayat bagaimana Rasulullah S.A.W. telah mengatakan: "Jika kamu memberikan pasir kepada Ibn Auf, nescaya dia akan berupaya menukarkannya dengan emas".

Betapa kayanya sahabat rasulullah s.a.w. Lebih kaya dari kita hari ini. Jika kita berupaya memandu sebiji BMW, saya kira Ibn Auf mampu belikan 100 buah BMW untuk orang lain sesuka hatinya. Namun ini tidak berlaku. Apa yang berlaku??

Para sahabat ini hidup dalam penuh ketaatan merendah diri pada Allah s.w.t. Tidak pernah meninggi diri, tidak pernah menyombong diri, tidak pernah berbangga dengan harta kekayaan ini. Kenapa ini berlaku?? Sedangkan mereka lebih kaya dari sesetengah kita yang kayanya cuma 1% dari kekayaan sahabat ini namun sudah lupa diri.

Kerana mereka faham dan sedar. Itu bukanlah hak mereka. Kerana mereka sedar siapa yang memberinya. Saudara, Islam sesekali tidak pernah melarang umatnya untuk menjadi kaya. Tidak pernah sama sekali. Tetapi apakah kekayaan yang Allah beri ini kita gunakan ia pada jalan yang betul?

Apa kekayaan bergudang gudang ini bila kita mati ditanam bersama sama kita? Kekayaan, harta yang banyak, semua ini datangnya dari Allah. Maka kembalikanlah rasa syukur ini pada Allah. Belanjakanlah harta yang banyak ini pada jalan Allah.

Jangan pernah sesekali bangga diri, sombong dan bongkak dengan harta ini. Ketahuilah, bila bila masa, dimana saja, Allah berupaya mengambil segala kekayaan ini sekelip mata. Apatah lagi bila malaikat datang mencabut nyawa, tidak ada gunanya harta yang banyak ini jika tidak pernah guna pada jalan NYA.

Disclaimer: Sekadar perkongsian untuk diri sendiri dan sesiapa yang membaca. Harta yang paling Allah suka bila ia diguna pada jalan Agama. :)

5 comments:

Anonymous said...

Sederhana.
Mungkin itu perkataan yg agak sesuai digunakan, dan boley juge dikaitkan dgn keseimbangan @ balance. Hebat di dunia dan hebat di akhirat~

.filzah. said...

abg aizam, saye copy tau entry ni...paste kt blog saye..jd kn pedoman...hehe

hak milik bersama kn?kn? hehehe

thanks..

Nurul Aizam Zaini said...

haha.. sila sila ;)

Nurul Aizam Zaini said...

to JumpaLagi: betul, biar bersederhana lebih baik... ;)

Anonymous said...

sederhana dari segi pemakaian, pemakanan, dan kehidupan.
terus kaya dari segi ilmu, belas ihsan, dan rasa perhambaan pada Tuhan

:)