Thursday, January 29, 2009

Buat "OC" dan "SRC"...

Salam...

Pelajar baru telah pun mendaftar diri. Bagi MMU yang kebiasaannya akan ada pengambilan awal Januari, jadi akan ada 2 kali pengambilan di MMU ini. Awal Januari dan Jun. Dengar khabar lebih kurang 264 orang yang mendaftar untuk ambilan awal ini.

Di sini harus diteliti, kerana bermula dari hari pertama adik-adik baru ini mendaftar sebagai pelajar menjadi titik tolak dalam menetukan siapa mereka 5 tahun akan datang. Pelajar baru ini masih belum mengenal suasana kampus, masih belum tahu rempah ratus yang mewarnai kehidupan pelajar universiti.

Jadi, peranan abang-abang, kakak-kakak merupakan faktor paling utama dalam membantu adik-adik ini mempersiapkan diri untuk menempuh alam baru buat mereka. Manusia pertama akan mendekati adik-adik ini ialah pelajar "senior" atau kita panggil sebagai "OC" Orientation Comimttee.

OC berperanan besar dalam menentukan siapakah adik-adik ini 5 tahun akan datang. Saya berpesan pada diri saya dan juga semua OC, agar kita kembali pada Ad-Deen. Bepegang teguh pada tali Allah. Yakin pada agama yang telah Allah redhai ini.

Tidak ada perkara lain yang lebih berhak dari ini. Jika kita mahu kembali melihat kampus kita di warnai generasi generasi yang berakhlak mulia, berbudi bahasa tinggi, dan hebat dunia akhiratnya, maka praktis syumul islam menjadi tawarannya.

Berilah segala macam ilmu pada pelajar baru ini, samada kepentingan memilih kawan, jangan ponteng kelas, belajar dari awal, selalu jumpa pensyarah, berbaik dengan "senior" yang pandai dan berbagai lagi, tetapi akhirnya jika yang satu ini tidak diletakkan paling atas, sia-sia semua bekalan yang diberi.

Sekali lagi saya ingatkan "OC" dan mereka yang berpeluang medekati adik-adik ini dari awal, ajaklah mereka kepada ISLAM. Sampaikanlah Ar-Risalah ini pada mereka. Bersungguh-sungguh dan istiqamah kita pada usaha ini. Jika tidak kita siapa lagi.

Kuasa telah kamu miliki. Peluang telah diberi, jadi gunakanlah ia sebaik mungkin. Masa saya dan rakan-rakan telah berlalu. Kini masa kamu semua. Tulisan ini semata-mata agar kamu semua tidak mengulangi kesilapan yang pernah kami lalui, samada kami penah lakukan, lihat atau dengar. Pastinya, kami tidak mahu ia berulang, dan KAMU semua kini yang memiliki "authority" dan peluang, lakukan yang terbaik.

Semoga kampus kita kembali di warnai generasi-generasi rabbani yang hebat, namun merendah diri, sujud pada kebesaran ilahi.



"Setiap kamu adalah pemimpin. Dan setiap dari kamu akan dipersoalkan tentang mereka yang dia pimpin"
~Sahih Muslim~

3 comments:

Anonymous said...

InsyaAllah adik2 ni mesti dibimbing baik. kita seharusnya mengganggap mereka sebagai hadiah dari langit untuk menggilap potensi tarbiyah dan kepimpinan kita. ambillah peluang ni wahai OC sekalian.

fendy_ahmad said...

Salam,

Tunjuklah jalan yang baik dan berguna buat adik adik baru semua tu ...

Sambil menunjuk jalan, telusuri juga diri sendiri agar jadi bertambah bagus dan berguna...

Moga Agama dan Bangsa bertambah mutu, bertambah darjatnya...

A said...

insyaAllah .. intipati yg baik utk digarap buat pejuang kampus .. sy menyokong dan bersama kenyataan2 aizam dlm isu ini ..

Azril Hanafi
Pusat Bandaraya Damansara