Friday, January 23, 2009

Perang dah habis?? Kenapa Boikot??

Salamun Alyek'

Hmm.. seperti sudah sedikit sepi cerita tentang kesengsaraan saudara kita di Gaza, Palestin. Ada yang cakap " alhamdulillah dah gencatan senjata, boleh la mula membeli barang2 yang di boikot" , ada juga yang cakap " haaa.. dah tak berperang dah... oke lah.. tak perlu risau dah".

Mungkin ada yang berfikiran begitu, mungkin tidak. Tetapi apapun saudara, sedarilah, peperangan ini belum berkesudahan. Ini janji Allah sehingga Palestin kembali kepada HAK nya. Jangan cepat merasa lega, tidak risau dengan suasana ketika ini.

Peperangan ini belum berakhir saudara. Kini ramai yang memainkan persoalan tentang perlu boikot atau tidak?? Jika boikot kita yang derita dibuang kerja dan sebagainya. Terpulang wahai saudara.

Hayati maksud hadis seperti dalam video di bawah ini. Allah berjanji akan tetap ada kaum yang menegakkan Agama ini. Saya memilih untuk mejadi sebahagian mereka walaupun tidak berjihad, setidaknya usaha saya BOIKOT, DOA, dan lain2 dihitung Allah.

Apalah sangat dibuang kerja berbanding kematian, tiada makanan, tiada tempat tidur, kemusnahan sekolah, rumah, dan sebagainya! Apalah sangat. Di buang kerja di Malaysia TAK MATI RAKAN RAKAN!!!! ORANG MALAS SAHAJA YANG TAK MAKAN DI MALAYSIA!!!

Kalau takut kena buang kerja, sepatutnya saya juga berasa lebih takut kerana tempat kerja mak saya sedang dalam proses membuang pekerja dan mak saya tak terkecuali!! Tetapi kita perlu redho saudara, kerana saya yakin, ada banyak rezeki lain Allah beri untuk kita!!!

Di buang kerja di Malaysia = Kematian, derita sengsara di GAZA??!! Tidak sama sekali saudara. Tak mengapalah saudara. Terpulang pada diri masing masing.

Saya percaya, di SANA kelak tika berhadapan PENCIPTA dan ditanya sumbangan saya untuk tanah suci ke - 3 umat islam ini, insyaAllah ada jawapannya. Mudah mudahan, Ameen!!

p/s: kenapa perlu kita pertahankan Palestin? Bacalah sejarah, hadeeth rasulullah, dan terjemahan Quran mengenainya. Siapa yang menguasai Baitulmaqdis bermakna dialah menguasai dunia!

Discalimer: Sekadar pandangan penulis. Tidak berniat untuk sindir sesiapa. Jika ada yang tidak suka atau tidak bersetuju, maaf dipinta.

4 comments:

Anonymous said...

ade org lain tanye,"kalo Rasulullah ade lg pd zmn ni,mmg Rasulullah akan gunakan cr boikot ni jgk ke utk menentang kaum yahudi?".sy kantoila.xdpt nak jwb.takut bg jwpn salah:D

Anonymous said...

kalau x tlg rakyat palestin nant kita kena tanya dgn Allah swt kenapa kita x pegi sana berjihad.at least kita boleh letak tanggungjawab kat pemimpin negara Islam dan pemimpin negara kita.kalau ditanya kenapa x tlg rakyat pattani di thailand boleh juga letakkan tanggungjawab kat kerajaan Malaysia.tp...

bagaimana hubungan kita dgn jiran tetangga?sudahkah kita tunaikan hak2 mereka?

antara hak2 mereka;
http://serangga07.multiply.com/journal/item/21

"Jibril sentiasa berpesan kepada aku tentang hak jiran sehingga aku menyangka dia (jiran) akan mewarisi harta pusaka" Hadith 'Aisyah & Ibnu Umar. (Riwayat Bukhari & Muslim)

"Sesiapa yg beriman dengan Allah Taala dan Hari Akhirat, maka berbuat baiklah kepada jirannya" Hadith Abi Syuraih (Riwayat Bukhari & Muslim)

Maka di akhirat nant bersedialah kerana kita akan ditanya dari kanan,kiri,depan dan belakang ttg hak2 40 org jiran terdekat yg telah kita abaikan semasa di dunia.Termasuklah juga jiran2 bukan muslim yang tidak kita jumpa utk mengajak mereka kepada Allah s.w.t.

Masa tak kita x boleh nk salahkan siapa2 lagi sbb pemimpin2 Islam dan kerajaan malaysia x halang kita buat baik kat jiran.

Maka marilah kita bersama2 melihat sesuatu yang lebih aula atau yg perlu juga diberi keutamaan seperti solat fardhu kita,hak terhadap jiran,sesama muslim,terhadap bukan Islam selain saudara2 di palestin.Wallahualam

hamdan al-kandahlawi said...

salam..kepada yang hina..

peringatan yang baik..dan sama2 kita beramal..

bab kalau Allah tanya kita kenapa tk g jihad kat palestin,bole letak kesalahan pd kerajaan.

saya 100% tak bersetuju dgn statement mcm tu

Beberapa reason :

Islam tak menerima "blaming" way..atau melepaskan diri dgn menyalahkan org lain..masing2 ada tggjwb..kerajaan x dapat secara clear benarkan rakyat malaysia g jihad kt palestin..sbb apa?

sbb aulawiyat,iaitu negara kita masih "membangun",dan risiko yang akan diterima lebih tinggi dari kebaikan yang boleh diberi kepada rakyat palestin.

tetapi,ini tak bermakna org Islam dlm malaysia boleh melepaskan tggjwb..masing2 ada tggjwb..kerajaan dah cuba laksanakan tggjwb mereka..bawa usul ke PBB dan sebagainya..sekurg2nya,ada "usaha" yang dilakukan..

tapi Allah akan tanya juga KAMU ,diri Kamu sendiri-apa yang telah kamu lakukan utk selamatkan saudara2 kita di sana?

Mafhum Hadis : Seorang Muslim yang tidak mengambil berat perihal urusat ummat/saudaranya yang lain,tak termasuk dari golongannya.

Allah tak melihat kepada "kesan" yang boleh diberi.Allah melihat kepada "usaha" kita,dan ganjaran diberi berdasarkan apa yang kita usahakan.

sbg muslim,kita mesti faham,isu2 berkaitan Muslim di peringkat global,dan di peringkat infradi amal(amal individu).Islam tak tertegak dgn individu shj.menjadi individu yang baik,menjaga hak jiran shj tak memadai jika hal2 lain kita "salahkan" pihak lain,sedangkan kita MAMPU LAKUKAN SESUATU.

oleh itu,perkara2 berkaitan pembaikan diri dalam Islam,seperti menjaga solat,hubungn dgn saudara lain,jiran dsbagainya-adalah A PART from Islam itself.

Menolong sedaya upaya,berusaha meningktkan kesedaran Muslim yg lain tntg saudara kita juga adalah SATU KEWAJIPAN.di ulangi-SATU KEWAJIPAN.

mengapa?

Hadis Rasulullah :

la yu'minu ahadukum hatta yuhibba liakhihi,ma tuhibbu linafsih

Mafhumnya :
Tidaklah sempurna iman seseorg,jika tidak menyayangi saudaranya seperti mana ia menyayangi dirinya sendiri.

dalam isu Palestin,apa cara kita membuktikan kepada Allah,bahawa kita menyayangi mereka?adakah dgn cara menyalah kerajaan,maka kita tidak dapat berjihad d sana?

huraian hadis ini,adalah kita perlu menyintai saudara kita,dan perlu ditunjukkan dgn amal.benar!kita belajar menghormati jiran,utk menunjukkan cinta kita kpd Muslim(kalau jiran tu islam la).

tapi apa yg kita tnjukkan utk membuktikan kecintaan kita kpd saudara seIslam di palestin?Ingat.Jihad bukan sekadar pergi berperang.Jihad kita dalam menahan diri utk memberi sokongan kpd pihak yang menganiaya saudara kita adalah satu Jihad.cthnya apa?BOIKOT!.

Kena faham.Jihad asal dr mana?jihad adalah pongorbanan-mujahadah-apa cara kita berkorban?

isu amal Islami yg lain adalah satu Isu,Palestin adalah satu Isu.tk adil jika amal islami menenggelamkan tggjwb pada amal jama'ie/istimai'e.

marilah sama2,menyumbg apa shj yg kita mampu,moga ada balasannya di akhirat kelak...

jika ada tersalah kata atau fakta..mohon maaf seadanya..

sekadar satu pandangan dr insan yang hina juga

Nurul Aizam Zaini said...

to mong: ye mungkin bookot, dlm sirah pernah menceritakan rasulullah s.a.w dahulu juga berurus niaga dgn yahudi, tetapi selepas beberapa peristiwa yg berlaku di mana bani quraizah, bani nadhr dan bani koinuko' yg telah melanggari piagam madinah, rasulullah bukan sahaja boikot ekonomi mereke, malah mengusir keluar dari madinah dan lebih keras membunuh mereka yg telah berpaling tadah terhadap perjanjian itu...

to yanghina: betul, saya setuju, kita harus peduli kesengsaraan umat islam seluruhnya, bukan hanya palestin, bukan hanya selatan thai, malah kekejaman terhadap umat islam di khasmir, pakistan, checnya dan bnyk lg..

namun bila berkata tentang yang lebih aula, palestin adalah tempatnya.. kenapa? mari kita lihat..

1.Pertama sekali umat Islam harus menyedari bahawa Masjid al-Aqsa adalah masjid milik seluruh umat Islam dan tidak terbatas kepada bangsa Palestin.

Ia juga adalah masjid suci ketiga umat Islam selepas Masjidil Haram dan masjidil Nabawi. Hal ini telah dinyatakan dengan begitu jelas di dalam hadis-hadis Nabi.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak perlu disiapkan kenderaan kecuali buat mengunjungi tiga buah masjid, iaitu Masjidil Haram, Masjid ku (Masjid al-Nabawi) dan Masjidil Aqsa" (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Dawud)"

Kunjungan bagi maksud mendirikan solat di situ selain melihat sendiri tempat-tempat bersejarah seperti makam Nabi-nabi dan Rasul-rasul serta peninggalan peristiwa Isra’ dan Mikraj sesungguhnya banyak memberi iktibar.

Masjid Al-Aqsa merupakan rumah ibadat kedua yang dijadikan oleh Allah SWT. Perkara ini dinyatakan di dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dzar r.a. yang bermaksud; "Daripada Abu Dzar berkata; Aku bertanya Rasulullah mengenai masjid pertama yang dijadikan (Allah) di atas muka bumi ini?

Baginda berkata; Masjidil Haram. Aku bertanya kemudian masjid mana? Baginda menjawab; Masjidil Aqsa. Kemudian aku bertanya; Berapakah tempoh antara keduanya? Baginda menjawab; 40 tahun, kemudian seluruh muka bumi ini adalah masjid (tempat sembahyang) maka di mana sahaja kamu berada pada ketika tiba waktu solat hendaklah kamu bersembahyang." (Riwayat Bukhari dan Imam Muslim)

Selain itu Masjid Al-Aqsa juga dipenuhi dengan keberkatan. Di dalam Al-Quran, Allah SWT menekankan sebanyak empat kali betapa bumi tersebut disifatkan sebagai tanah yang penuh keberkatan. Antaranya firman Allah SWT bermaksud; "Maha suci Allah yang telah menjalankan hambanya pada satu malam dari masjidil haram ke masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar kami memperlihatkan kebesaran kami." (Surah Al-Isra:1)

Namun keberkatan tanah tersebut tidak dapat kita nikmati dan rasai pada hari ini kerana ia sudah dicemari dan dijajahi oleh bangsa Yahudi. Untuk mengembalikan keberkatan dan nikmat tersebut hanyalah melalui pembebasannya daripada cengkaman bangsa Yahudi.

2. Di samping itu di masjid tanah Al-Quds inilah tempat ramai Nabi dan Rasul terdahulu pernah hidup dan menjalankan syiar agama Allah SWT. Malah sebahagian daripada mereka dimakamkan di bumi ini.

Sejajar dengan kemuliaan tersebut seharusnyalah bumi Al-Quds ini dipelihara dan dipertahankan oleh seluruh umat Islam dari pencerobohan bangsa Yahudi.Amat malang sekiranya makam-makam tersebut dihina dan dipermainkan oleh Yahudi dengan dakwaan-dakwaan tidak berasas.

3.Akhir sekali, tanah Al-Quds ini bakal menyaksikan pelbagai peristiwa akhir zaman iaitu ketika hampir berlaku kiamat. Rasulullah s.a.w. pernah menggambarkan bagaimana pada akhir zaman nanti akan berlaku pertentangan di antara umat Islam dan kaum Yahudi, sehingga orang Yahudi tidak dapat menyembunyikan diri daripada dibunuh oleh orang Islam.

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya;"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang Islam berperang dengan orang Yahudi, maka orang Islam membunuh mereka (orang Yahudi) sehingga mereka terpaksa menyorok (berselindung) di belakang batu-batu dan pokok-pokok. Maka berkatalah batu-batu dan pokok-pokok; Wahai muslim, wahai hamba Allah di belakangku ada Yahudi, marilah kepadaku dan bunuhlah dia. Kecuali pokok jenis al-gharqaq, sesungguhnya ia adalah pokok orang Yahudi." (Riwayat Imam Muslim)

Pokok al-Gharqaq ini adalah sejenis pokok berduri yang terdapat di bumi Al-Quds dan di sana nantilah bakal berlaku pertempuran antara orang Islam dan Yahudi nanti sebelum berlakunya kiamat.

Bangsa yahudi berpegang pada hadis ini dan kerana itulah mereka bersungguh sungguh ingin merampas baitulmaqdis. Jika yahudi yg bukan islam percaya pada hadis ini, apakan kita yang islam yg sepatutnya lebih mengimani janji allah ini.

Saya kira jelas kenapa Palestin menjadi keutamaan dalam isu isu begini. Tidak bermaksud kita melupakan tempat2 lain, tidak boleh begitu, cumanya mungkin saudara nampak saya terlalu memfokuskan kepada palestin. Itu sudah semetinya kerana saya bersama dengan Aman Pelestin.Sebagai manusia biasa tidak mampu saya nak lakukan semuanya. Jadi mungkin sanghina bole wujudkan juga Aman selatan thai bagi mewujudkan kesedaran awam ttg penderitaan yg berlaku di sana :)

p/s: sebenarnya saya tahu sapa sanghina ni... heh..